Friday, January 23, 2009

Larian Jalan Raya (Merentas Desa)

Pada tanggal 23 Januari 2009, Sekolah Menengah Sains Selangor telah mengadakan acara tradisi iaitu Larian Jalan Raya anatara rumah sukan. Kesemua pelajar berkumpul di Medan Bendera dan berkumpul mengikut rumah sukan. Encik Jefidin telah memberikan sedikit taklimat tentang kekselamatan akibat daripada perubahan litar larian.

Tepat jam 8.30 pagi, peserta mula dilepaskan secara berperingkat mengikut kategori masing-masing. Pemenang setiap kategori hanya diambil bagi 10 terawal sahaja. Larian Jalan Raya pada tahun ini secara keseluruhannya disandang oleh rumah Perwira manakala naib johan rumah Panglima diikuti dengan rumah Pendekar dan Pahlawan.