Saturday, August 15, 2009

Sambutan Ambang Merdeka 2009


Pada 15 Ogos 2009 bersamaan hari Sabtu, Sekolah Menengah Sains Selangor telah menyambut Hari Ambang Merdeka. Semua warga Sekolah Menengah Sains Selangor dikehendaki berkumpul di Dataran Bendera seperti perhimpunan rasmi.

Majlis telah dikelolakan oleh Azfar Afif. Sambutan pada hari itu telah dimulakan dengan alunan lagu-lagu patriotik dan lagu sekolah yang dimainkan oleh pasukan pancaragam sekolah. Kehadiran seniman tanah air, Dato’ Mustapha Maarof disambut dengan tangan terbuka dari warga SMSS. Perasmian pula telah dirasmikan oleh Yang di Pertua PIBG SMSS, Prof Madya Dr Azizan bin Asmuni. Selain itu, persembahan sajak telah diklemasikan oleh pelajar Tingkatan 2 dengan penuh semangat patriotik.

Majlis telah disambung dengan melakukan aktiviti di dalam dewan antaranya seluruh warga SMSS menyaksikan dokumentari berjudul Semangat Merdeka, ceramah “ Memori Semangat Anak Watan” oleh Dato’ Mustapha Maarof.Majlis telah diakhiri dengan laungan kemerdekaan sebanyak 7 kali oleh seluruh warga SMSS. MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!