Sunday, November 14, 2010

Majlis Temu Duga Bagi Kemasukan Pelajar Tingkatan 1 Sesi 2011

TARIKH : 13 NOVEMBER 2010

MASA : 7.40 A.M. – 12.30 P.M.
TEMPAT : DEWAN BESAR DAN BLOK AKADEMIK SM SAINS SELANGOR

Pada jam 6.45 pagi,pelajar tingkatan 3(EMINENT) telah bersiap sedia di Dewan Besar SM Sains Selangor untuk Majlis Temu Duga Pelajar Tingkatan 1 Sesi 2011. Semua pelajar tahun 6 yang terlibat telah pun tiba di SM Sains Selangor bersama ibubapa masing-masing untuk sesi temu duga bagi kemasukan tahun hadapan.

Pendaftaran dimulakan pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 8.30 pagi. Kemudian aktiviti diteruskan dengan taklimat yang ringkas oleh Cik Masyitah. Setiap pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Temu duga pertama dimulakan pada pukul 8.45 pagi. Setiap kumpulan akan menunggu giliran masing-masing di Bilik Menunggu yang terletak di Makmal Sains Tingkatan 1.



Temu duga pertama dimulakan dengan ujian kecerdasan minda di kelas 3 Budi dan 3 Usaha. Guru – guru yang mengawasi mereka ialah Puan Lai dan Puan Noorsyamsinar. Setelah selesai ujian tersebut, aktiviti diteruskan dengan temu duga secara individu di perpustakaan SM Sains Selangor. Guru – guru yang terlibat ialah Encik YM Raja Idris, Puan Azwa, dan Cik Rozinah.



Kemudian, temu duga diteruskan dengan temu duga secara berkumpulan iaitu tentang personaliti diri di kelas 1 Budi. Puan Siti Rohani, Puan Saripah dan Puan Azlin bertugas menemu duga pelajar – pelajar tersebut. Temu duga diteruskan dengan ujian kemahiran asas agama yang diadakan di Bilik LK/TK. Encik Syed, Encik Syam, Puan Mazinaton, Puan Mek Ana, dan Puan Siti Fairuz ditugaskan untuk menemu duga mereka. Akhir sekali, temu duga diakhiri dengan ujian kecergasan yang diadakan di Padang Serbaguna SM Sains Selangor. Antara aktiviti – aktiviti yang diuji ialah bangkit tubi, tekan tubi, lari ulang alik dan juga jangkauan melunjur. Guru – guru yang bertugas ialah Puan Roslinda, Puan Siti Sabaya dan Puan Kartiwani. Pada jam 12 tengah hari, berakhirlah Majlis Temu Duga Kemasukan Pelajar Tingkatan 1 bagi sesi 2011.


Solat Hajat Tingkatan 5

TARIKH : 11 NOVEMBER 2010

MASA : 6.30 P.M. - 9.30 P.M.

TEMPAT : SURAU BAITUL-IMAN DAN SURAU AR-RAHMAN

Majlis dimulakan dengan ketibaan para ibu bapa pelajar tingkatan 5. Mereka tiba pada jam 6.30 petang. Mereka mendaftarkan diri di kaunter perdaftaran pada jam 6.40 petang. Pada jam 7.00 petang, pelajar putera bersama bapa mereka bersolat maghrib secara berjemaah di surau Ar-Rahman manakala pelajar puteri bersama ibu mereka bersolat maghrib di surau Baitul-Iman.

Pada jam 7.20 petang, pelajar puteri bersama ibu mereka bergerak ke surau Ar-Rahman untuk solat 'Isyak dan solat sunat hajat secara berjemaah bersama pelajar putera. Sebelum solat sunat hajat dilakukan, majlis diteruskan dengan ucapan dari ayahanda pengetua Sekolah Menengah Sains Selangor, Tuan Haji Norpaizin b. Ibrahim. Selepas itu, aktiviti diteruskan dengan bacaan Yassin secara beramai - ramai yang diketuai oleh Ustaz Zulkifli Ahmad. Setelah berakhir bacaan Yassin, Ustaz Zulkifli Ahmad memberi tazkirah yang ringkas. Kemudian, solat 'Isyak secara berjemaah dilakukan dan diteruskan dengan solat sunat hajat yang dilakukan secara berjemaah.

Selepas selesai solat sunat hajat, jamuan ringan diadakan di dewan makan untuk para ibu bapa, guru - guru dan murid - murid sekalian. Makanan disediakan oleh pihak dewan makan dan sedikit sumbangan daripada pelajar - pelajar tingkatan 5. Majlis berakhir pada jam 9.30 malam.


MAJLIS ANUGERAH KOKURIKULUM 2010





TARIKH: 11 NOVEMBER 2010

TEMPAT: DEWAN MAKAN SEKOLAH MENENGAH SAINS SELANGOR

MASA: 9.15 A.M. – 12.45 P.M.


Pada jam 9.15 pagi pelajar SMSS bergerak ke dewan makan. Semasa di dewan makan para guru dan kakitangan sekolah mengambil tempat masing-masing. Pada jam 9.45 juga,tetamu dan pentadbir sekolah bergerak ke dewan makan diikuti dengan paluan kompang. Majlis dimulakan dengan ucapan Tuan Pengetua SM Sains Selangor iaitu Tuan Hj. Nor Paizin Bin Ibrahim. Seterusnya ucapan perasmian tetamu jemputan iaitu Prof. Mafya Dr. Azizan Bin Asmuni , Yang Dipertua PIBG Sekolah Menengah Sains Selangor . Penyampaian sijil penghargaan kapada AJK Kelab dan Persatuan , Kelab sukan , Rumah Sukan, Badan Beruniform dan Badan Perkhidmatan dimulakan pada jam 10.46 pagi. Majlis diteruskan dengan bacaan doa makan . Para tetamu dan pelajar menikmati jamuan makan diikuti dengan persembahan pelajar . Anugerah sukan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu ‘Full Colors dan Half Colors’ .

Pelbagai anugerah telah disampaikan , antaranya , Anugerah Pelajar Cemerlang Kokurikulum yang telah dianugerahkan kepada Muhammad Faliq Aizat dan Prissila Sebai pada jam 11.33 pagi . Anugerah Penilaian Tertinggi Kokurikulum telah dianugerahkan kepada Muhammad Hasif dan Zati Hanani . Manakala , saudara Ahmad Faris Haziq dan saudari Amirah Dayana telah menerima Anugerah Pelajar Harapan . Anugerah Pasukan Sekolah Terbaik , Anugerah Khas Presiden , Anugerah Khas Guru , Anugerah Khas Jurulatih turut juga dianugerahkan . Anugerah Khas Sistem Rumah telah bahagikan kepada beberapa bahagian iaitu kecermelangan akademik yang telah dimenangi oleh rumah PAHLAWAN , sahsiah yang telah dimenangi oleh rumah PENDEKAR , rumah PENDEKAR juga telah memenangi kecermalangan kokurikulum , rumah PAHLAWAN pula memenangi anugerah kebersihan dan keceriaan asrama . Walaubagaimanapun , pemenang bagi keseluruhan ialah rumah PENDEKAR . Majlis diteruskan lagi dengan Anugerah Adab Sopan Panitia Pendidikan Islam , Anugerah Khas Guru Keseluruhan yang dianugerahkan kepada Puan Anifah , Penghargaan Guru , Penghargaan Staf Sokongan , Penghargaan ALUMNI dan juga Penghargaan AJK PIBG .