Sunday, August 15, 2010

PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN KE 53 - SMSS

Tarikh : 16 Ogos 2010
Masa : 7.30 pg.
Tempat : Dataran Bendera

Pelancaran Bulan Kemerdekaan Malaysia Ke 53 peringkat sekolah telah selesai dijalankan dalam suasana yang cukup patrotisme. Majlis dimulakan dengan doa diikuti dengan perarakan Jalur Gemilang yang dibawa oleh lima orang ahli Kadet Remaja Sekolah. Lagu Negaraku dinyanyikan dengan penuh semangat merdeka oleh semua guru dan pelajar , dikuti dengan Lagu Wilayah Persekutuan dan Lagu Sekolah. Selepas itu Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar pelajar dilaungkan. Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan ini diadakan pada Perhimpunan Rasmi Pagi hari Isnin.

Majlis diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Tn. Hj. Nor Paizin Ibrahim dan seterusnya acara memotong tali Kain Rentang yang bertema 1 Malaysia : Menjana Transformasi sebagai tanda Pelancaran Bulan Kemerdekaan Malaysia Ke 53 Tahun. Majlis diakhiri dengan deklamasi sajak bertajuk "Perjuangan yang belum selesai" oleh dua orang pelajar Tingkatan 3.

Semoga majlis yang diadakan ini dapat menyedarkan kepada semua pelajar erti kemerdekaan dan seterusnya bersama-sama berjuang mengekalkan kemerdekaan yang telah diperolehi daripada nenek moyang mereka.

Tuesday, August 10, 2010

SUMBANGAN UNTUK PROGRAM IHYA' RAMADHAN 1431H/2010M

Selamat Berpuasa buat semua warga SMSS khususnya dan semua umat Islam di mana sahaja anda berada.
Sekolah Menengah Sains Selangor akan mengadakan beberapa program khas sempena bulan Ramadan ini. Antaranya ...
1. Program Ihya' Ramadhan ini bertujuan untuk menghidupkan lagi suasana Ramadan yang mulia
2. Program bantuan Khas Anak Yatim
3. Program Zakat bagi membantu pelajar miskin dan kurang kemampuan.
4. Juadah moreh untuk pelajar yang akan mengadakan Tahlil dan Tadarus al-Quran selepas Solat Terawih pada setiap malam.

Sehubungan itu, pihak sekolah bersama pihak PIBG memohon jasa baik ibu bapa penjaga pelajar SMSS khasnya dan orang perseorangan serta alumni SMSS menghulurkan sumbangan bagi menjayakan program-program yang telah dirancang oleh pihak sekolah. Semua sumbangan yang diberikan akan dimasukankan ke dalam Tabung Infafaq Ramadhan.
Semoga kerjasama dan bantuan Y.Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan mendapat ganjaran daripada Allah SWT dan diucapkan Jazakumullahu Khairan Kathira.

Perkongsian Ilmu Pelajar Ting. 2 SMSS & SBPI Gombak

Tarikh : 7 Ogos 2010
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pagi - 12.30 tgh

Selamat Datang buat rombongan dari Pelajar Tingkatan 2 dan guru-guru pengiring kerana sudi melawat ke Sekolah Menengah Sains Selangor dan seterusnya mengadakan perkongsian ilmu bersama pelajar Ting. 2 dan guru-guru SMSS. Antara aktiviti yang dijalankan ialah 1. Taklimat ringkas daripada Cikgu Fuad tentang perjalanan program. 2. Sesi Ice-Breaking 3. LDK - Modul SWOT. pelajar SMSS dan SBPI Gombak berbincang tentang kekuatan dan kelemahan sekolah masing-masing dari segi akademik, sahsiah, kokurikulum dan lain-lain. 4. Explorace - dikendalikan oleh PRS Ting. 4 SMSS . Cukup menarik. 5. Majlis Penutup disempurnakan oleh Pn. Hjh. Roslina bt Ahmad (PK Kurikulum dan Pentadbiran) Semoga perkongsian ilmu ini membawa manfaat buat semua. Terima kasih daun keladi. Ada kelapangan datanglah lagi warga SBPI Gombak ke SMSS.


Tuesday, August 3, 2010

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR & SPM

Selamat menduduki peperiksaan percubaan SPM dan PMR 2010 kepada semua pelajar Tingkatan 5 dan 3. Semoga berjaya.

Tarikh peperiksaaan
Percubaan PMR : 3 - 9 OGOS 2010.
Percubaan SPM : 3 - 17 OGOS 2010