Monday, October 25, 2010

Hari Kebudayaan Bahasa Arab SBP Peringkat Kebangsaan Kali Ke-5

TARIKH : 22 OKTOBER 2010 - 24 OKTOBER 2010
TEMPAT : SM SAINS SELANGOR (Tuan Rumah)
OBJEKTIF: MERAPATKAN HUBUNGAN SILATURAHIM ANTARA PELAJAR ARAB DI SELURUH SBP DAN MENAMBAHKAN PENGETAHUAN TENTANG BAHASA ARAB


Tahun ini Sekolah Menengah Sains Selangor menjadi tuan rumah untuk Hari Kebudayaan Bahasa Arab SBP 2010. Bermula pada pukul 3 petang, sebanyak 53 buah sekolah telah mendaftar untuk Hari Kebudayaan Bahasa Arab di SM Sains Selangor. Ada yang datang dari Sabah, Terengganu dan Kelantan untuk menyertai Hari Kebudayaan Bahasa Arab ini yang berlangsung selama tiga hari.. Pelbagai ekspresi wajah yang boleh dilihat daripada wajah-wajah peserta, guru pengiring dan juga pemandu bas. Ada yang keletihan dan ada yang excited!

Pada malam pertama, hanya taklimat diberikan kepada peserta, guru, dan pemandu bas. Taklimat tersebut disampaikan oleh Ustaz Syamzulani. Pemandu bas pula berbincang mengenai pengakutan yang akan digunakan untuk ke Shah Alam pada esok harinya.


Esok harinya, peserta dibawa ke Yayasan Restu Shah Alam untuk meninjau dan melihat kesenian Islam dalam pelbagai aspek. Mereka berangkat ke sana pada pukul 8 pagi dan bertolak pulang pada pukul 11 pagi.












Wednesday, October 13, 2010

13 Oktober 2010

Form 5
*Perfect Score Programme - Additional Mathematics

Form 4
*Final Year Examination
- Physics

Form 3
*Jaya+Maju - Introduction to Chemistry
*Budi+Usaha- Free Activity
*Introduction to LK and TK
*3Budi and some other students went to KLCC for IGEM opening ceremony

Form 2
*Final Year Examination
-Sejarah and English

Form 1
*Final Year Examination
-Sejarah and English

Tuesday, October 5, 2010

Solat Hajat Tingkatan 3






TARIKH : 30 SEPTEMBER 2010
MASA : 6.00 P.M. – 10.30 P.M.
TEMPAT : SURAU BAITUL-IMAN DAN SURAU AR-RAHMAN

Majlis dimulakan dengan ketibaan para ibu bapa pelajar tingkatan 3. Mereka tiba pada jam 6.00 petang. Mereka mendaftarkan diri di kaunter pendaftaran pada jam 6.15 petang. Pada jam 7.15 petang, pelajar putera bersama bapa mereka bersolat maghrib secara berjemaah di surau Ar-Rahman manakala pelajar puteri bersama ibu mereka bersolat maghrib di surau Baitul-Iman.
Pada jam 7.45 petang, pelajar puteri bersama ibu mereka bergerak ke surau Ar-Rahman untuk Solat Sunat Hajat secara berjemaah bersama pelajar putera. Sebelum Solat Sunat Hajat dilakukan, majlis diteruskan dengan ucapan daripada ayahanda pengetua Sekolah Menengah Sains Selangor. Selepas itu Solat Sunat Hajat dilakukan secara berjemaah. Selepas bersolat hajat, bacaan Yaasin diadakan serta Solat ‘Isyak secara berjemaah.
Selepas selesai Solat ‘Isyak, jamuan ringan diadakan di dewan makan untuk para ibu bapa, guru-guru dan murid-murid sekalian. Makanan disediakan oleh pihak dewan makan. Majlis berakhir pada jam 10.30 malam.

Friday, October 1, 2010

Lawatan Zama Sogo Senior High School Kanagawa Jepun





Tarikh : 27/9/2010
Masa : 8.45a.m. – 12.45 p.m.
Tempat :Sekolah Menengah Sains Selangor
Objektif :
• Mengeratkan hubungan sillaturahim antara pelajar
• Mengenali budaya negara Jepun.
• Memberi pengalaman kepada pelajar SMSS untuk berinteraksi dengan pelajar antarabangsa.

Acara dimulakan dengan kedatangan pelajar-pelajar Kanagawa Perfectural Zama Sogo Senior High School. Mereka diiringi dengan paluan kompang. Mereka juga disambut dengan persembahan silat daripada 4 orang pelajar puteri tingkatan lima.
Majlis diteruskan dengan persembahan tarian ‘Selamat Datang’ oleh pelajar SK Taman Midah 1. Seterusnya ucapan alu-aluan oleh pengetua SM Sains Selangor dan juga ucapan dari pengetua Zama Sogo High School.Setelah itu wakil pelajar dari SMSS iaitu Muhd Zharif serta wakil pelajar Zama Sogo High School telah memberi ucapan .
Pembentangan visual (Power Point) daripada kedua-dua buah sekolah. Persembahan kebudayaan dari pelajar Jepun iaitu persembahan seni mempertahankan diri dan demonstrasi memakai Kimono. Mereka juga didedahkan dengan tarian Gamelan dan lagu Rasa Sayang eh.
Pelajar-pelajar Jepun telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk bermain beberapa permainan tradisional Malaysia.Antara permainan tersebut adalah :
• Stesyen 1 : Sepak Raga (medan bendera)
• Stesyen 2 : Congkak (gazebo 1)
• Stesyen 3 : Batu Seremban ( gazebo 2 )
• Stesyen 4 : Tangyuan ( pondok rehat)
• Stesyen 5 : teng teng ( di hadapan bilik masakan )
• Stesyen 6 : Demonstrasi memakai Sampin ( di hadapan dewan )
• Stesyen 7 : menganyam daun mengkuang ( pentas di dewan wawasan )
• Stesyen 8 : alat-alat Gamelan ( dewan wawasan )
• Stesyen 9 : Koalam (dewan wawasan )
Pada jam 12.30 tengahari pelajar-pelajar Jepun dibawa ke dewan makan untuk menikmati jamuan ringan serta menghadiri majlis penutupan.Pengetua serta pelajar dari kedua-dua buah sekolah betukar-tukar cenderahati. Sebelum besurai,sesi penggambaran diadakan secara beramai-ramai. Mereka bertolak pulang pada jam 12.45 tengahari.

Perfect Score Zon Tengah SBP 2010










Tarikh : 24/9/2010 - 26/9/2010

Masa : 8.00 a.m – 10.30 p.m

Tempat : Sekolah Menengah Sains Selangor .

Atur cara majlis :

· Pendaftaran dan taklimat program& ice breaking .

· Kudapan dan riadah (riadah dilakukan bersama fasilitator dari MSU)

· Urus diri & solat maghrib .

· Ceramah & motivasi oleh ; Suhaimi Bin Zaman yang berasal Sungai Petani,Kedah .

; pernah menjawat Penolong Kanan Hal Ehwal Murid .

; mempunyai pengalaman selama 15 tahun dalam Bimbingan &

Kaunseling .

· Slot 1 hingga Slot 6 ,peajar didedahkan dengan aktiviti menjawab soalan secara berkumpulan .

Kemudian, pelajar akan menerangkan kepada pelajar yang lain.

· Setiap slot ditempatkan di tempat yang berlainan;

MATEMATIK TAMBAHAN – Dewan Wawasan

FIZIK – Bilik Lukisan Kejuruteraan

BIOLOGI – Bilik Gerakan

KIMIA – Pusat Sumber

· Pada setiap petang, pelajar didedahkan dengan aktiviti senaman aerobik dan larian di Taman Tasik Permaisuri.

· Pada hari terakhir, majlis penutup diadakan di Dewan Wawasan yang dirasmikan oleh Puan Hajjah Jamelah Mansor Timbalan Pengarah BPSBPSK.

· Pada 12 tengah hari sesi bergambar mengikut mata pelajaran diadakan di dalam dewan.

· Jamuan makan tengah hari di dewan makan dan selepas itu, pelajar bersurai.

TEMU BUAL BERSAMA PELAJAR (SAINS TENGKU ABDULLAH,SEMESTA)

S1 : Apakah yang anda rasa setelah terpilih untuk ke program Perfect Score ?

J1 : seronok , teruja serta tidak percaya (tergelak)

S2 : Adakah anda rasa program ini cukup sesuai untuk semua peringkat pelajar ?

J2 : ya , sesuai .

S3 : Apakah komen anda tentang kemudahan di Sains Selangor ?

J3 : cukup baik . Terutama surau di blok asrama puteri yang cantik dan kemas . Makanan dewan makan yang juga sedap .

S4 : Dalam semua aktiviti yang diadakan, aktiviti manakah yang paling anda gemari ?

J4 : Pada waktu senaman aerobik di Taman Tasik Permaisuri .