Saturday, June 25, 2011

Majlis Penutup Homestay dari SMK Seri Mulia


Tarikh: 25 Jun 2011
Hari: Jumaat
Tempat: Bilik Gerakan SMSS
Masa: 11.20 pagi - 12.20 tengahari


Tuan Haji Nor Paizin menyampaikan ucapan kepada semua peserta homestay


Wakil pelajar dari SMK Seri Mulia


Penolong Kanan HEM SMK Seri Mulia mengucapkan jutaan terimakasih atas kesudian pihak SMSS menerima kedatangan peserta SMK Seri Mulia


Para hadirin khusyuk mendengar ucapan Pengetua SMSS

Tuesday, June 21, 2011

Perhimpunan rasmi minggu ke 22

Tarikh: 20 Jun 2011
Hari: Isnin
Masa: 7.20 am -8.25 am
Tempat: Dataran Bendera


Ariff dan Ain mewakili pasukan Wind Orchestra menyampaikan taklimat berkenaan majlis makan malam Wind Orchestra pada 24 Jun ini



Pn.Kartiwani melaporkan semua aktiviti sepanjang minggu lepas



Pengetua memberikan ucapan berkenaan ciri-ciri pelajar yang cemerlang

Monday, June 20, 2011

SELAMAT DATANG PELAJAR SMK SERI MULIA KE SMSS

TARIKH : 19 JUN 2011

HARI : AHAD

TEMPAT : DEWAN WAWASAN , SMSS

MASA : 5.00


GAMBAR 1 : PELAJAR SMK SERI MULIA MENDENGAR TAKLIMAT





GAMBAR 2: PELAJAR SMK SERI MULIA MENDAFTAR



GAMBAR 3 : PELAJAR SMSS DAN SMK SERI MULIA SEDANG BERBINCANG




GAMBAR 4 : SESI PERKENALAN DI KELAS TINGKATAN TIGA JAYA





GAMBAR 5 : SESI PERKENALAN PELAJAR DI KELAS LIMA SETIA








































































































































Thursday, June 16, 2011

Selamat berjaya kepada pasukan bola jaring SMSS

Tarikh: 16 Jun 2011
Masa: 8.05 pagi
Guru pengiring: Pn.Mazlita Hussain & Pn Noor Azlina bt Yusof

Selamat berjuang kepada pasukan bola jaring SMSS. Semoga berjaya dengan cemerlang...

Wednesday, June 15, 2011

Mesyuarat AJK Badan Beruniform

Tarikh: 15 Jun 2011
Hari: Rabu
Tempat: Bilik Gerakan
Masa: 1.05pm - 2.20 pm


Pengetua sedang menyampaikan ucapan


Guru-guru penasihat Badan Beruniform yang hadir

Monday, June 13, 2011

Perbincangan tiga penjuru: Pengetua, guru dan pelajar

Tarikh; 13 Jun 2011
Hari: Isnin
Masa: 8.30 pm -10.00 pm

Tempat: Bilik Gerakan SMSS

Kehadiran:
  1. Tuan Haji Nor Paizin bin Ibrahim-Pengetua SMSS
  2. Pn.Hajah Norzila bt Mohamad-Pengarah Operasi Program Kecemerlangan PMR
  3. Pn.Mazinaton bt Hasidin-Pengarah Operasi Program Kecemerlangan SPM
  4. Pn.Masyitah bt Kadir-Kaunselor
  5. Ketua batch tingkatan 3 & 5
  6. AJK tingkatan 3 & 5

Agenda perbincangan tiga penjuru:
  1. Pengetua memberikan tips 5 ciri pelajar cemerlang:
  • Mempunyai motivasi diri yang amat tinggi.
  • Sentiasa fokus dan mempunyai niat yang baik dalam setiap perbuatan.
  • Mempunyai pengurusan masa yang amat baik.
  • Bersedia untuk memnbantu orang lain.
  • Sentiasa bergantung harap dengan Allah SWT
2. Pengetua memberitahu aktiviti-aktiviti yang dijalankan untuk Program
Kecemerlangan PMR/SPM


3. Pengetua menyenaraikan program sokongan untuk memantapkan lagi program kecemerlangan PMR/SPM. Program sokongan tersebut adalah
seperti berikut:
  • Memantapkan kerohanian pelajar untuk mendapatkan ketenangan di jiwa seperti mendirikan solat hajat setiap hari selepas solat Isyak, tadarus al-Quran dan mengamalkan ayat / doa penenang jiwa.
  • Pengetua meminta pelajar segera memaklumkan kepada pihak sekolah jika memerlukan ceramah motivasi
  • Perjumpaan batch mesti dilakukan tepat pada masanya dan pelajar akan memberikan motivasi yang boleh membakar semangat untuk belajar bersungguh-sungguh.
  • Pengetua meminta setiap kelas tingkatan 3 & 5 membuat count down peperiksaan PMR /SPM dan ikrar pelajar.
  • Pengetua memaklumkan sekiranya pada waktu petang tiada kelas tambahan, pelajar amat digalakkan mengadakan kumpulan perbincangan untuk satu subjek. Selain itu pengetua menyeru pelajar supaya membuat temujanji terlebih dahulu dengan seseorang guru sekiranya perkhidmatan guru diperlukan untuk membantu kefahaman mereka.
  • Pengetua memaklumkan pelajar boleh menggunakan Dewan Besar, bilik masakan yang telah diubah suai, Aseanet dan perpustakaan sebagai tempat kelas tambahan.
  • Pengetua meminta pelajar dan guru supaya download soalan-soalan peperiksaan dari laman web Sek.Men.Sains Muzaffar Shah.
4. Pendapat pelajar dan respons Pengetua
  • Mohd Shahir, ketua batch tingkatan 3 meminta pihak sekolah membenarkan mereka pergi ke Perpustakaan Negara untuk membuat ulangkaji.
  • Tindak balas Pengetua: Pelajar boleh pergi ke Perpustakaan Negara semasa mereka pulang bermalam.

  • Harith Kamal, ketua batch tingkatan 5 meminta pihak sekolah supaya membuat taklimat berkenaan hala tuju pelajar selepas SPM.
  • Tindak balas Pengetua: Pihak kaunseling akan melaksanakannya.
  • Amirah Dayana pelajar tingkatan 3 mencadangkan supaya pihak sekolah membenarkan pelajar-pelajar SMSS melakukan homestay di sekolah harian biasa yang cemerlang seperti Sek.Aminuddin Baki dan Sek. Men.Agama Wilayah Persekutuan untuk melihat program-program yang dijalankan di sekolah berkenaan.
  • Tindak balas Pengetua: Amat berminat dengan cadangan tersebut





Perbincangan ditamatkan pada jam 10.00 malam.Semoga apa yang dirancangkan mendapat kerjasama dari semua pelajar dan mendapat keberkatan Allah SWT.Amin...

Memotong rambut pelajar lelaki

Tarikh: 13 Jun 2011
Hari: Isnin
Masa: 8.20 am -9.00 am
Tempat: Dataran Bendera SMSS

Semua pelajar lelaki yang berambut panjang telah dipotong rambut mereka supaya kelihatan kemas dan menarik, seterusnya memenuhi peraturan sekolah. Aktiviti pemotongan rambut tersebut diketuai oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, En. Mohd Noor b Ismail.


Perhimpunan rasmi minggu ke-21


Tarikh: 13 Jun 2011
Hari: Isnin
Tempat: Dataran Bendera SMSS
Masa: 7.20 am - 8.05 am


Syamim Fakhri sedang menyampaikan tips pelajar cemerlang


Harith Kamal mewakili semua pelajar tingkatan 3 dan 5 menyampaikan laporan tentang Perkampungan Ilmu 2 di UPM, Serdang.


Kamal Ghufran sedang membacakan laporan tentang Kem Pintar MAS di Sarawak


Pn. Hajah Roslina sedang menunjukkan cenderahati dari Sarawak


Nurfaheza sedang membacakan laporan


Pn.Hajah Roslina sedang menyampaikan sijil kepada Muhammad Zulkifli


Pn. Hajah Roslina sedang menyampaikan medal kepada salah seorang peserta pertandingan ragbi

Pn.Hajah Roslina sedang menyampaikan ucapan

Tuesday, June 7, 2011

Perkampungan Ilmu 2 SPM di UPM

Tarikh: 7 Jun 2011
Hari: Selasa


Hari ini merupakan hari pertama program perkampungan ilmu 2 bagi semua pelajar tingkatan 5 di UPM, Serdang. Seramai 134 orang pelajar telah mendaftarkan diri di Kolej Kediaman Kedua untuk menyertai program selama 5 hari. Semua pelajar puteri telah ditempatkan di Blok Enggang sedangkan pelajar putera di Blok Helang dan Raja Udang. Program perkampungan ilmu ini lebih unik dan menarik kerana ia turut disertai oleh 6 orang pelajar Pintar MAS dari 3 buah sekolah yang berbeza. Pihak Sek. Men.Sains Selangor amat megharapkan semua pelajar yang terlibat dapat memanfaatkan sepenuhnya program ini untuk melonjakkan prestasi mereka dalam peperiksaan SPM nanti. Selamat berkampung di UPM...


Sesi pendaftaran pelajar di Kolej Kediaman Kedua

Puan Hajah Roslina sedang berbual dengan ibu bapa yang menghantar anak mereka


Sesi bersama UPM

En.Kamarol dari Bahagian Komunikasi Korporat


Encik Hasbullah sedang memberikan penerangan kepada semua pelajar tentang sistem pembelajaran di UPM

Pelajar Pintar MAS memperkenalkan diri...


Bengkel 1 : Matapelajaran Biologi di dewan kuliah D-2