Thursday, August 25, 2011

Majlis Penyampaian Sumbangan Aidil Fitri

Tarikh: 26 Ogos 2011
Hari: Jumaat
Masa: 9.30 pagi - 11.00 pagi

SMSS telah mengadakan Majlis Penyampaian Sumbangan Aidil Fitri kepada peserta khatam al-Quran, bilal terawih dan anak-anak yatim di Dewan Wawasan. Yang Dipertua PIBG iaitu Tuan Haji Khairul Azhar dan En.Wahab turut hadir menyampaikan sumbangan. Majlis diakhiri dengan aktiviti saling bermaafan sempena menyambut Syawal yang akan menjelang tidak lama lagi.







Majlis Khatam al-Quran dan Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Pernim

Tarikh: 25 Ogos 2011
Hari: Khamis
Masa: 5.00 pm - 10.00 pm

SMSS telah mengadakan Majlis Khatam al-Quran di Surau ar-Rahman pada jam 5.00 petang. Pada jam 6.15 petang pihak sekolah menyambut kedatangan Anak-Anak PERNIM. Seterusnya Pengetua SMSS memberikan ucapan, diikuti dengan penyampaian sumbangan kepada Raudhoh Tahfidz al-Quran, imam solat terawih dan Anak-anak PERNIM. Suasana sungguh meriah ketika majlis berbuka puasa secara berjemaah di Dewan Makan sekolah. Selepas berbuka puasa, solat Maghrib berjemaah dan bacaan Yaasin diikuti dengan solat Isyak dan terawih di surau Ar-Rahman.











Sunday, August 21, 2011

Kempen Mencegah Kebakaran

Tarikh: 22 Ogos 2011
Hari: Isnin
Tempat: Dewan Wawasan SMSS
Penceramah: Ceelia Wong
Fire Safety Volunteer Speaker
Public Fire Safety & Prevention Education Centre


Pasukan Kadet Bomba SMSS dibawah bimbingan Ustaz Syamzulani bin Jusoh telah mengadakan kempen mencegah kebakaran di Dewan Wawasan sekolah. Kempen ini bertujuan untuk memberikan didikan dan kesedaran kepada semua warga SMSS supaya sentiasa berhati-hati untuk mengelakkan berlakunya kebakaran. Penceramah juga mengajar cara-cara atau tindakan yang perlu dilakukan sekiranya berlaku kebakaran. Semua pelajar menengah rendah mendengar ceramah pada jam 9.00 pagi hingga 10.30 pagi , manakala semua pelajar menengah atas mendengar ceramah ini pada jam 11.00 pagi hingga 12.30 tengahari.


Ustaz Syamzulani sedang memberikan mikrofon kepada penceramah


Pelajar-pelajar sedang asyik mendengar ceramah yang disampaikan





Tindakan yang perlu diambil sekiranya berhadapan dengan kebakaran






Saturday, August 20, 2011

Majlis Interaksi Akademik Tingkatan 1,2 dan 4

Tarikh: 19 Ogos 2011
Hari: Jumaat
Masa: 3.00 petang - 6.30 petang
Tempat: Dewan Wawasan SMSS

SMSS telah mengadakan Majlis Interaksi Akademik dengan ibu bapa atau penjaga semua pelajar Tingkatan 1,2 dan 4. Ibu bapa atau penjaga berpeluang untuk berinteraksi dengan guru kelas dan guru mata pelajaran anak-anak mereka. Majlis ini berjalan dengan lancar walaupun diadakan di bulan Ramadhan. Terima kasih kepada semua ibu bapa atau penjaga dan guru-guru yang telah menjayakan majlis ini demi kecemerlangan akademik semua pelajar.


Suasana di Majlis Interaksi Akademik...








Tuesday, August 16, 2011

Majlis Pelancaran Bulan Merdeka Peringkat Sek.Men.Sains Selangor

Tarikh: 17 Julai 2011
Hari: Rabu
Tempat: Dataran Bendera
Masa: 7.30 am- 8.30 am

Sek.Men. Sains Selangor telah melancarkan Bulan Merdeka untuk menanamkan semangat patriotik di kalangan semua warga SMSS.

Kain rentang majlis pelancaran bulan kemerdekaan


Muhammad Kamal dan Nur Faheza sebagai pengacara majlis


Para guru mendengar ucapan pengerusi majlis


Pengetua SMSS menyampaikan ucapan

Ucapan dan upacara perasmian oleh Yang Dipertua PIBG


YDP PIBG dan Pengetua melepaskan burung simbolik kepada kemerdekaan


1,2,3...Merdeka !!!


Sajak merdeka yang disampaikan oleh Ramizah, Nasaruddin dan Ariff


Pemenang kuiz patriotisme


Persembahan koir yang sungguh merdu

Sunday, August 14, 2011

Pemasangan tangki " Rainwater Harvesting System"


Tarikh: 15 Ogos 2011
Hari: Isnin
Masa: 9.00 pag
i

Projek mengaplikasikan "Rainwater Harvesting System" telah mula dirancang oleh pihak sekolah di bawah program 'Toyota Eco-Ranger' bermula pada tahun 2009.Projek rintis ini melibatkan tandas puteri dan tandas putera di blok akademik. 2 unit tandas masing-masing di tandas puteri dan putera akan menggunakan air kitar semula ini untuk kegunaan harian pelajar dan juga pembersihan tandas oleh pekerja-pekerja sekolah. Air ini juga akan disalurkan ke taman bersebelahan tandas untuk kegunaan penyiraman pokok. Dalam projek ini 4 tangki air berkapasiti 400 liter setiap satu dan 2 tangki air berkapasiti 200 liter yang bertindak sebagai penapis akan digunakan dan diletakkan di aras 2 dan 1 di blok akademik.

Antara faedah projek ini dijalankan ialah:

  • Mendidik pelajar untuk memanfaatkan sumber yang ada di sekeliling mereka.
  • Menjimatkan bil air yang ditanggung oleh pihak sekolah.
  • Mengatasi masalah ketika ketiadaan air.
  • Sebagai projek rintis yang kemudiannya akan dilaksanakan di blok asrama.




Majlis Berbuka Puasa Bersama PIBG

Tarikh: 14 Ogos 2011
Hari: Ahad
Masa: 6.00 petang - 10.00 malam
Tempat: Dewan Makan SMSS


PIBG & Alumni SMSS telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama pelajar-pelajar di Dewan Makan. Suasana amat meriah sekali kerana pihak ibu bapa telah membawa hidangan yang amat menyelerakan dari rumah masing-masing. Pihak Alumni SMSS telah berbesar hati memberikan sumbangan kepada pelajar-pelajar SMSS yang kurang berkemampuan. Selepas berbuka puasa, solat Maghrib telah ditunaikan diikuti dengan solat Isyak dan Terawih secara berjemaah. Majlis ini berjaya mengeratkan semangat ukhuwwah di kalangan warga SMSS, PIBG dan Alumni SMSS. Semoga berkat Ramadhan terus kita nikmati bersama.Amin...


Pengetua bersama dengan AJK PIBG


Para guru dan warden turut memeriahkan majlis berbuka puasa


Hidangan yang enak...


Salah seorang imam (pelajar tahfiz) sedang memberikan tazkirah


Pengetua sedang menyampaikan sumbangan


Terima kasih ayahanda....


Para ibu bapa membawa pot luck


Seorang bapa gembira dapat berbuka puasa di SMSS


Berkongsi hidangan...membawa berkat Ramadhan