Friday, July 13, 2012

MAJLIS INTERAKSI AKADEMIK PPT 2012

Tarikh : 13 Julai 2012 (Jumaat)
Satu Majlis Interaksi Akademik Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012 berjalan dengan lancar. Ramai ibu bapa dan penjaga datang ke sekolah berjumpa dan berbincang  tentang Prestasi Kemajuan Pelajaran anak-anak mereka bersama guru subjek masing-masing.
Tahniah kepada semua ibu bapa penjaga yang begitu komitmen tentang prestasi anak-anak mereka dalam bidang pelajaran. Semoga dengan kehadiran ibu bapa mereka ke sekolah dapat meningkatkan semangat dan daya juang yang tinggi pelajar-pelajar Sekolah Menengah Sains Selangor untuk terus cemerlang dalam pelajaran dan juga kokurikulum.

Tuesday, July 10, 2012

SenamRobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia Peringkat Sekolah

SenamRobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia peringkat Sekolah Menengah Sains Selangor telah diadakan pada 10 Julai 2012 (Selasa). Semua warga sekolah telah menyertai dengan penuh semangat kesukanan. Tahniah buat semua warga SMSS.

Monday, July 9, 2012

Kejohanan Padang dan Balapan SMSS 2012

Tarikh : 8 Julai 2012 (Ahad)

Kejohanan Padang dan Balapan SMSS 2012 menyaksikan Rumah PAHLAWAN (MERAH) menjadi JUARA pada tahun ini diikuti oleh Rumah Perwira (BIRU), Rumah Panglima (KUNING) dan seterusnya Rumah Pendekar (HIJAU).

Tahniah buat semua Rumah Sukan.. Anda telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi.
Jumpa lagi tahun depan.





Tuesday, June 26, 2012

Ahlan wa Sahlan

Assalamualaikum....

Nama saya SYA'BAN... saya ingin mengingatkan anda jiran saya RAMADAN akan datang mengunjungi anda tidak lama lagi, bersama isterinya REZEKI dan dua orang anak mereka SAHUR dan IFTAAR...

Mereka ditemani oleh tiga orang cucu iaitu RAHMAT, KEAMPUNAN dan BARAKAH... dan mereka akan pulang selepas 30 hari dengan pesawat AIDIL FITRI airlines...

Hargai mereka... dan anda akan mendapat KEMENANGAN, KEBERKATAN dan BERSYUKUR....

* bersediakah kita menyambut kehadiran 'mereka'


Gambar credit to Google

Thursday, May 24, 2012

HARI GURU LAGI.....

SMSS telah menerima kunjungan Puteri UMNO Bahagian Bandar Tun Razak sempena program KONVOI HARGAI JASA GURU. Terima Kasih ya....







Wednesday, May 23, 2012

HARI GURU SMSS 2012

Tarikh & Hari  : 23 Mei 2012 (Rabu)


Sesi 'makan-makan' di bilik guru....







Mari bersamba.... (",











Jamuan Makan Tengah Hari oleh PIBG dan ibu bapa...terima kasih semua 

Persembahan istimewa olehTuan Pengetua (", dan YDP PIBG... ~nice







Wednesday, April 25, 2012

Praktikal Haji dan Umrah SMSS 2012


Hari & Masa : Rabu (8.30 pagi)
                       Sesi 1 - Ceramah di Surau ar-Rahman
                       Sesi 2 - Praktikal Haji

Penceramah   : Ust Abdul Fatah (JAKIM)

Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Lembaga Urusan dan Tabung Haji atas kesudian pihak mereka hadir untuk menjayakan program ini.