Tuesday, February 21, 2012

Lawatan Pengetua dan Guru daripada SMA-SMK Negeri/Swasta Kabupaten Bulukumba Sulawesi Selatan , Indonesia :)

Tarikh : 21 Februari 2012

Tempat : SM Sains Selangor

Pihak sekolah telah menerima rombongan Pengetua dan Guru dari sekolah negeri/swasta dari Sulawesi Selatan :) Buat julung kali pertamanya sekolah kita menerima rombongan dari Sulawesi Selatan yang terdiri daripada pengetua sekolah tersebut serta seramai 33 orang guru.

Mereka tiba di SMSS tepat pada pukul 10 pagi lalu diringi oleh pengetua dan guru SMSS ke bilik gerakan . Majlis dimulakan dengan ucapan pengetua yang penuh bertenaga lalu dipersembahkan dengan persembahan multimedia . Kemudian , sesi soal jawab antara pelawat dan pengetua diadakan . Setelah itu ,mereka telah meninjau kawasan sekolah serta bilik-bilik tertentu seperti kelas 4 Jaya dan bilik kebitaraan sains . Selepas itu , mereka dijemput ke dewan makan untuk menikmati jamuan yang telah disediakan . Semoga lawatan ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara dua buah negara iaitu Malaysia dan juga Indonesia terutama sekali dalam bidang pendidikan .





Bergambar dengan pelajar daripada 4 Jaya

Tidak sangka Sir Elangkovan menjadi tumpuan ibu-ibu...

Penjelasan yang diberikan oleh pelajar , Zul tentang F1 in schools



Sunday, February 19, 2012

Kejohanan Memanah MSSWPKL

KEJOHANAN MEMANAH MSSWPKL TELAH BERLANGSUNG SELAMA SEMINGGU BERMULA 14-17 FEBRUARI 2012 BERTEMPAT DI SEKOLAH KEBANGSAAN PENGKALAN TENTERA DARAT, SUNGAI BESI. SEK.MEN.SAINS SELANGOR TELAH MENGHANTAR 4 PASUKAN YANG TURUT DISERTAI OLEH LEBIH 30 BUAH SEKOLAH SELURUH WPKL. SEK.MEN.SAINS SELANGOR TELAH BERJAYA MEMUNGUT PINGAT BUAT JULUNG-JULUNG KALINYA APABILA PASUKAN P18 BERJAYA MERANGKUL TEMPAT KEEMPAT SELEPAS MENGATASI MARKAH SM SAINS SERI PUTRI B DAN SMK SERI HARTAMAS. MANAKALA PASUKAN P15 PULA TELAH MENJADIKAN PINGAT TEMPAT KETIGA MILIK SMSS...SEMOGA KEJAYAAN INI MENJADI TITIK PERMULAAN KEPADA KEJAYAAN YANG LEBIH CEMERLANG PADA MASA AKAN DATANG BAGI KELAB MEMANAH SEK.MEN.SAINS SELANGOR.

TERIMAKASIH KEPADA PN.RHOAINA BT JULKARIM SELAKU GURU PENASIHAT YANG TELAH BANYAK MEMBIMBING DAN MENGIRINGI PASUKAN MEMANAH SEPANJANG KEJOHANAN BERLANGSUNG.










Wednesday, February 15, 2012

Yang Terpilih.......

Mohd Asri B Azhar (3 Jaya)

















Ahmad Faris Haziq Bin Rashidi
(5 Setia)
Muhammad Afif B Kamaruljumat (3 Maju)

We are delighted and proud to announce that three SM Sains Selangor rugby players, Ahmad Faris Haziq Bin Rashidi (5 Setia) , Mohd Asri B Azhar (3 Jaya) and Muhd Afif B Kamaruljumat (3 Maju) have been selected for the COBRA Malaysia Rugby Team U-18 and U-15 age categories respectively. The boys are currently undergoing centralised training at the COBRA Club in Petaling Jaya and will depart for Bangkok, Thailand to participate in the Bangkok International Junior 10’s on the 18th to 20th of February 2012.
We wish them all the best of luck in the tournament!

Friday, February 10, 2012

SAMBUTAN MAULID AR-RASUL PERINGKAT SEKOLAH 2012

Tarikh : 10 Feb 2012 (Jumaat)

Masa : 8.00 pagi

Sambutan Maulid ar-Rasul SMSS bermula dari malam semalam dengan ceramah  yang begitu bersemangat disampaikan oleh Imam Muda Asyraf.

Majlis pagi ini dimulakan dengan perarakan oleh para guru dan pelajar mengikut rumah masing-masing bermula dari Gelanggang Serbaguna hingga ke Surau ar-Rahman. Perarakan diketuai oleh Tuan Pengetua, Tn Hj Nor Paizin bin Ibrahim dan YDP PIBG, Tn Hj Khairul Azhar bin Hashim.i

Majlis diteruskan lagi dengan alunan hafazan al-Quran oleh saudaraMuhammad Muhaimin dari Tingkatan 4, deklamasi sajak oleh saudari Syafiqah dari Tingkatan 1 dan kupasan perbahasan yang menarik yang disampaikan oleh saudara Muhammad Syamil dari tingkatan 5.










Thursday, February 9, 2012

Imam Muda Asyraf @ SMSS

Tarikh : 9 Feb 2012 (Khamis)

Masa : 8.30 malam

SMSS merasa sangat bertuah kerana Imam Muda Asyraf sudi meluangkan masa untuk memberikan ceramah berkongsi input dengan para guru dan pelajar bersempena dengan Sambutan Maulid ar-Rasul Peringkat Sekolah 2012.