Friday, July 13, 2012

MAJLIS INTERAKSI AKADEMIK PPT 2012

Tarikh : 13 Julai 2012 (Jumaat)
Satu Majlis Interaksi Akademik Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012 berjalan dengan lancar. Ramai ibu bapa dan penjaga datang ke sekolah berjumpa dan berbincang  tentang Prestasi Kemajuan Pelajaran anak-anak mereka bersama guru subjek masing-masing.
Tahniah kepada semua ibu bapa penjaga yang begitu komitmen tentang prestasi anak-anak mereka dalam bidang pelajaran. Semoga dengan kehadiran ibu bapa mereka ke sekolah dapat meningkatkan semangat dan daya juang yang tinggi pelajar-pelajar Sekolah Menengah Sains Selangor untuk terus cemerlang dalam pelajaran dan juga kokurikulum.

Tuesday, July 10, 2012

SenamRobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia Peringkat Sekolah

SenamRobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia peringkat Sekolah Menengah Sains Selangor telah diadakan pada 10 Julai 2012 (Selasa). Semua warga sekolah telah menyertai dengan penuh semangat kesukanan. Tahniah buat semua warga SMSS.

Monday, July 9, 2012

Kejohanan Padang dan Balapan SMSS 2012

Tarikh : 8 Julai 2012 (Ahad)

Kejohanan Padang dan Balapan SMSS 2012 menyaksikan Rumah PAHLAWAN (MERAH) menjadi JUARA pada tahun ini diikuti oleh Rumah Perwira (BIRU), Rumah Panglima (KUNING) dan seterusnya Rumah Pendekar (HIJAU).

Tahniah buat semua Rumah Sukan.. Anda telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi.
Jumpa lagi tahun depan.