Tarikh : 21 Oktober 2011
Tempat : Bilik Gerakan SMSS
Masa : 9.30 pg - 12.00 tgh
Wednesday, October 26, 2011
Monday, October 17, 2011
Pertunjukan Amal Wind Orchestra dan Tarian Gamelan
Labels:
WO
Pada 16 Oktober 2011 (Ahad) SMSS telah mengadakan pertunjukan amal Wind Orchestra dan tarian Gamelan di Tasik Permaisuri untuk semua penduduk di kawasan Bandar Tun Razak. Pertunjukan amal ini telah berlangsung pada jam 9.00 pagi hingga 11.30 pagi membawa tema "Renaissance At The Park" . Sambutan yang diberikan oleh pengunjung amat menggalakkan dan banyak komen positif yang telah diberikan serta berharap pihak SMSS dapat melakukan pertunjukan amal ini di lain waktu. Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan pertunjukan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Friday, October 14, 2011
Program Perfect Score Subjek Matematik
Labels:
Akademik
Program Perfect Score subjek Matematik untuk semua pelajar tingkatan 4 telah diadakan di Dewan Besar SMSS pada 14 Oktober 2011 (Jumaat) pada jam 3.00 petang hingga 4.30 petang. Program ini dikendalikan oleh tiga orang ahli panitia Matematik seperti Pn. Hajah Kalsom bt Parman.Pn.Jasmila bt Jamli danPn.Kartiwani bt Muhammad.
Thursday, October 13, 2011
Khemah Ibadah Pelajar Tingkatan 3
Khemah Ibadah untuk semua pelajar Tingkatan 3 telah diadakan di Surau Ar-Rahman selama 2 hari bermula pada 13 dan 14 Oktober 2011. Khemah Ibadah ini dikendalikan oleh MSQ Power Training. Antara pengisian Khemah Ibadah ini adalah mengenal Allah SWT, kepentingan menjaga adab antara lelaki dan perempuan, Solat Dhuha, kepentingan doa dan tawakkal dan qiamullail. InsyaAllah, program Khemah Ibadah ini mampu melahirkan insan yang seimbang dari segi duniawi dan ukhrawi.
Posted by : Mazinaton bt Hasidin
Bengkel Teknik Menjawab Soalan SPM Pendidikan Islam
Labels:
Akademik
Bengkel Teknik Menjawab Soalan SPM Pendidikan Islam kali ke 2 telah diadakan pada 11 Oktober 2011 (Selasa). Bengkel ini diadakan di Dewan Besar SMSS bermula jam 2.30 pm -5.00 pm. Ustazah Nor Awalana bt Bolot dari SMK (P) Pudu telah dijemput untuk menyampaikan teknik menjawab soalan ini.
Posted by : Mazinaton bt Hasidin
Tuesday, October 11, 2011
PROGRAM SELEPAS PMR 2011
Labels:
PMR
Sunday, October 9, 2011
Bengkel Pembinaan Modul Latihan 3 tahap Subjek Elektif
Hari Ke 4 dan Majlis Penutupan
Tarikh : 9 Oktober 2011 ( Ahad )
Tempat : A'Famosa Resort,
Melaka
Guru-guru sedang sibuk menyiapkan modul
Ucapan Majlis Penutupan Bengkel oleh Tuan Pengetua SMSS
Penyampaian sijil kepada guru-guru sekolah lain yang turut serta menyumbangkan tenaga dan idea untuk menghasilkan modul
Bergambar selepas bengkel tamat
Friday, October 7, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)