Thursday, September 2, 2010

MENZIARAHI HARIZ AZWAR BATCH O610 DI HKL








TARIKH : 2 SEPTEMBER 2010

MASA : 8.30A.M.- 11.30A.M.

TEMPAT : HOSPITAL KUALA LUMPUR.


Pada 2 September 2010, Pengetua SMSS Tuan Haji Nor Paizin bersama-sama PK HEM, En. Mohd Noor dan 3 pelajar SMSS telah pergi ke Hospital Kuala Lumpur sempena Lawatan Timbalan Pengarah Pelajaran untuk Muhd. Hariz Azwar Hussain, pelajar SMSS yang menghidap penyakit Lukemia. Kami telah bertolak ke HKL pada pukul 8.30 pagi dan tiba di sana pada pukul 9.00 pagi. Kemudian, kami menunggu kedatangan Dato’ Dr. Fuad Bin Zarkashi, iaitu Timbalan Pengarah Pelajaran. Beliau tiba pada pukul 10.00 pagi dan kami terus ke wad Hariz Azwar. Turut serta dalam lawatan ini ialah beberapa ahli Persatuan Pengguna Islam Malaysia. Beliau sempat meluangkan beberapa minit bersama Hariz Azwar. Kemudian,beliau memberikan sumbangan peribadinya kepada Hariz Azwar. Kami juga sempat meluangkan masa bersamanya. Tepat pada pukul 10.45 pagi,satu sidang media diadakan bagi membincangkan usaha-usaha KPM bagi membantu Hariz Azwar. Kami bertolak pulang ke SMSS pada pukul 11.10 pagi.

MAJLIS IFTAR RAMADHAN 1413 H













TARIKH
:30 OGOS 2010.

MASA : 6.30P.M.-8.00P.M.

TEMPAT : DEWAN MAKAN, SM SAINS SELANGOR.

OBJEKTIF:


Meraikan anak-anak yatim dari RABEKA

Merapatkan hubungan antara anak-anak yatim


Pada jam 6.40 petang, anak-anak yatim dari RABEKA tiba di SM Sains Selangor. Majlis dimulakan dengan ucapan Tuan Pengetua iaitu Tuan Haji Norpaizin Bin Ibrahim, acara diteruskan dengan ucapan oleh Presiden Alumni iaitu Tn. Hj. Rostam Affandi.Tidak lupa juga ucapan oleh Pengerusi PIBG, Prof. Madya Dr. Azizan Bin Asmuni.


Kemudian acara diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah sumbangan kepada putera puteri RABEKA yang disumbangkan oleh warga SMSS berbentuk sejumlah wang tunai, hamper NESTLE sumbangan Encik Wahab.


Tibanya waktu berbuka, tahfiz jemputan SMSS dijemput untuk membacakan doa. Selepas itu, para tetamu dijemput untuk menjamu selera yang disediakan oleh pihak dewan makan. Acara diteruskan lagi dengan solat maghrib berjemaah bersama putera puteri RABEKA. Selesai solat berjemaah, tepat pukul lapan malam tetamu bertolak pulang.

Wednesday, September 1, 2010

SAMBUTAN AMBANG MERDEKA KE 53



TARIKH : 30 OGOS HINGGA 31 OGOS 2010

MASA : 10.00 p.m – 1.15 a.m

TEMPAT : DATARAN BENDERA, SM SAINS SELANGOR

OBJEKTIF:

v Memupuk semangat patriotisme dalam diri pelajar.

v Melahirkan perasaan cinta akan Negara.

v Memperingati jasat Tokoh-tokoh Negara.

Majlis ini dimulakan dengan ketibaan tetamu kehormat, Puan Hajah Norlia Binti Mohd. Shuhaili Timbalan Pengarah Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster, Pengerusi PIBG iaitu Prof. Madya Azizan Asmuni, Pengetua Sekolah Menengah Sains Selangor, Tuan Haji Norpaizin Bin Ibrahim, guru-guru serta para pelajar. Majlis diteruskan dengan bacaan doa oleh Mohd. Firdaus dan dimeriahkan lagi dengan persembahan sketsa oleh para pelajar tingkatan 5. Sketsa ini telah menyedarkan para pelajar betapa pentingnya Negara kita, Malaysia mencapai Kemerdekaan. Acara diteruskan dengan Pertandingan Tugu Merdeka mengikut pasukan rumah sukan masing-masing yang disertai pelajar tingkatan 4.

Kuiz Merdeka juga diadakan bagi menguji tahap pengetahuan para pelajar tentang sejarah Negara. Soalan-soalan tersebut adalah terbuka mengikut tingkatan. Majlis dihangatkan lagi apabila nama guru-guru disebut sebagai pemenang cabutan bertuah. Nama-nama guru yang terpilih telah dicabut oleh tuan pengetua sendiri. Kemudian, para pelajar dan juga guru dijemput untuk menjamu makanan yang ditaja oleh Maggi dan Nestle Milo. Apabila jam menunjukkan saat-saat menghampiri kemerdekaan, kami mengira sepuluh saat yang terakhir itu bersama-sama. Seterusnya, melaungkan laungan “merdeka” sebanyak 3 kali.

Selepas itu, kami menyanyikan 3 buah lagu patriotik dengan iringan muzik. Dimulakan dengan lagu Jalur Gemilang, KeranaMu Malaysia dan akhirnya Tanggal 31. Lagu Negaraku pula dinyanyikan tanpa iringan muzik. Acara penyampaian hadiah diadakan bagi Pertandingan Tugu Merdeka. Hanya 2 tempat sahaja yang disediakan. Tempat pertama dimenangi oleh Rumah Pahlawan dan tempat kedua dimenangi ole Rumah Panglima. Cenderamata dari pihak sekolah juga disampaikan kepada Puan Hajah Norlia binti Mohd. Shuhaili , Prof. Madya Azizan Asmuni dan juga Encik Jamaluddin bin Hassan sebagai tanda ucapan terima kasih yang tidak terhingga atas kehadiran tetamu kehormat ke Majlis Sambutan Ambang Merdeka ke 53.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Encik Wahab yang sudi menaja Maggi dan Milo bagi pihak sekolah. Tidak lupa juga kepada mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam majlis ini. Sambutan Merdeka ini berakhir pada pukul 1.15 pagi.