Monday, September 20, 2010

Kembalinya Seorang Pelajar SMSS ke Rahmatullah



Setiap yang hidup pasti akan menemui ajal. Hanya kita tidak tahu bila tiba giliran kita untuk dijemput oleh Nya. Pada 12 September 2010, dalam kita sedang bergembira menyambut Hari Raya Aidifitri, saudara kita telah bertungkus lumus berlawan dengan maut. Namun, Allah telah menjemputnya lebih awal. Saudara yang dimaksudkan ialah Hariz Azwar dari batch 0610, Visionaries.



Beliau telah menghidap penyakit lukemia sejak awal tingkatan 3. Sepanjang tahun 2008 beliau tidak pernah balik ke SMSS kerana penyakitnya itu semakin hari semakin parah. Doktor menasihati supaya beliau kekal tinggal di Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan berterusan. Beliau juga sangat tidak bernasib baik kerana pada tahun itu beliau tidak dapat menduduki peperiksaan PMR berikutan keadaannya yang kritikal.



Pada tahun 2009, beliau kembali ke SMSS. Beliau mengambil jurusan sains teknikal dan ditempatkan dalam 4 Budi. Namun, hanya untuk seketika sahaja. Beberapa bulan selepas itu beliau kembali semula tinggal di HKL sehingga tahun ini.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan bersama dengan orang yg beriman. Mari kita menghadiahkan Al-Fatihah untuk beliau.


Amin. Salam takziah kepada keluarga Hariz Azwar

Tuesday, September 7, 2010

kemalangan kecil di aspuri .




kemalangan ini berlaku pada hari jumaat sejurus sahaja pelajar puteri bersiap sedia untuk pulang bermalam .Bumbung aspuri ini tiba-tiba runtuh ,mujur tiada kemalangan membabitkan nyawa direkodkan.

Thursday, September 2, 2010

MAJLIS PENUTUP IHYAH RAMADHAN 1431H DAN KHATAM AL-AL-QURAN









TARIKH: 3 SEPTEMBER 2010

MASA: 8.45 A.M. – 11.00 A.M.

TEMPAT: SURAU AR-RAHMAN

OBJEKTIF:

· Merapatkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga Sekolah Menengah Sains Selangor (SMSS).

· Menghidupkan dan mengimarahkan bulan Ramadhan al-Mubarak 1431H sekaligus dapat menghayati suasana Ramadhan yang penuh keberkatan.

· Mendidik jiwa seluruh warga SMSS agar sentiasa mengingati golongan yang kurang berkemampuan dengan cara mengumpul sumbangan wang ringgit serta barangan keperluan bagi membantu mereka.

· Mendidik jiwa warga SMSS melalui program-program yang telah dirancang dengan sifat-sifat mulia seperti pemurah tolong-menolong dan sebagainya.

· Menerapkan nilai-nilai Islam sekaligus membentuk peribadi yang mulia dalam diri warga SMSS.

Pada jam 8.45 pagi, semua pelajar diarah naik ke surau Ar-Rahman. Sementara menunggu majlis bermula, tazkirah ringkas disampaikan oleh Muhd Nazmi iaitu pelajar tingkatan 3 beserta kuiz Ramadhan.

Kemudian, pada jam 9.10 pagi pula, Encik Abdul Wahab dan Ustaz Sheikh Lokman tiba. Majlis diteruskan lagi dengan bacaan doa oleh Muhd Faiz iaitu pelajar tingkatan 2. Seterusnya, tuan pengetua, Tuan Haji Nor Paizin bin Ibrahim menyampaikan ucapan beliau.


Pada jam 9.40 pagi, Encik Wahab memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis.

Pada jam 10.00 pagi pula, bacaan khatam Al-Quran bermula dengan diketuai oleh Ustaz Sheikh Lokman dan pelajar-pelajar putera dan majlis khatam tamat pada jam 10.15 pagi. Selepas

itu, ustaz tersebut memberikan tazkirah ringkas.

Majlis penyampaian sijil penhargaan, hadiah dan sumbangan kepada para fadhil bilal, badar-badar, amar, pelajar-pelajar yang Berjaya khatam Al-Quran dan penerima sumbangan berlangsung pada jam 10.45 pagi. Tidak dilupakan juga, sumbangan diberikan kepada guru-guru yang menjayakan program Ihyah Ramadhan 1431H serta cenderahati kepada Imam Somalia, Ustaz Sheikh Lokman, Encik Wahab dan Tuan Pengetua. Para pelajar dibenarkan pulang selepas majlis.