Tuesday, May 24, 2011

Yang Pertama....


Khairul Aiman Hashim, 19, penghidap autisme membuktikan dia mampu meraih keputusan baik dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), sekali gus menjadikannya pelajar pertama menghidap penyakit itu diterima masuk melanjutkan pengajian di universiti.

Walaupun menyedari dirinya tidak normal seperti orang lain, bekas pelajar Sekolah Menengah Sains (SMS) Selangor itu beranggapan penyakit dihidapi bukan halangan untuk mencapai impian.



http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/AutistikpertamamasukUiTM/Article/index_html

Latihan Pertandingan Robotik Peringkat Sekolah

Tarikh: 24 Mei 2011
Hari: Selasa
Masa: 11.20 am
Tempat: Bilik Access SMSS
Guru Pembimbing: Pn.Haizurah bt Hasran


Pelajar-pelajar membuat latihan sebagai persediaan pertandingan robotik






Monday, May 23, 2011

Selamat Jalan Kepada Ahli Rombongan Pintar MAS ke Sarawak

Tarikh: 23 Mei 2011
Hari: Isnin


Seramai 9 orang pelajar SMSS dan seorang guru iaitu Ustaz Syamzulani menyertai program Pintar MAS di Sarawak bermula 23 Mei - 26 Mei ini. Semoga pemergian kalian semua ke Sarawak dapat menimba pelbagai ilmu dan pengalaman dan seterusnya dapat dikongsikan dengan kami di SMSS setelah pulang nanti. Seluruh warga SMSS mendoakan kalian semua selamat pergi dan kembali....