Thursday, October 6, 2011

Jemputan Membuat Persembahan Untuk Konsert Gemilang 50 Orkestra RTM

Tarikh: 3 Okt 2011
Hari: Isnin

Orkestra RTM telah mengundang Wind Orchestra SMSS untuk membuat persembahan "Flashmob" bagi acara sambutan ketibaan YB Menteri KPKK. Pasukan Wind Orchestra SMSS telah menyampaikan persembahan yang amat menarik di hadapan Yang Berbahagia Dato' Rais Yatim tepat jam 8.30 malam di auditorium Angkasapuri. Pihak Jabatan Penyiaran Malaysia dan Bahagian Perkhidmatan Muzik RTM telah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas kerjasama yang telah diberikan oleh SMSS.


3.00pm: Pasukan Wind Orchestra beratur menaiki bas ke RTM


4.00pm: Semua ahli pasukan Wind Orchestra berkumpul untuk 'tuning'


8.30pm: Persembahan Wind Oechestra SMSS



Gembira setelah selesai membuat persembahan


Pengarah Muzik RTM,Dato' Mokhzani Ismail bersama Dato' Rais Yatim



Posted by: Mazinaton bt Hasidin





Majlis Restu Ilmu Semua Calon PMR

Tarikh: 3 Oktober 2011
Hari: Isnin
Tempat: Dataran Bendera
Masa: 8.10 am -9.00 am

Majlis Restu Ilmu adalah satu tradisi yang wajib dilakukan oleh semua pelajar PMR sebelum menduduki peperiksaan. Sehubungan dengan itu, semua calon PMR 2011 dengan penuh rasa rendah diri amat mengharapkan keredhaan semua guru supaya ilmu yang dimiliki mendapat keberkatan dari Ilahi. Seluruh warga SMSS mendoakan agar semua calon PMR 2011 berjaya dengan cemerlang. SELAMAT BERJUANG...INSYAALLAH SEMUA CALON MENDAPAT SEMUA A.



Posted by: Mazinaton bt Hasidin

PERFECT SCORE DI INSTITUT LATIHAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR










Tarikh: 3, 4, 5, 6, 1o dan 11 Oktober 2011


Masa: 8.00am-4.00pm


Tempat: Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur



Perfect Score adalah salah satu program kecemerlangan SPM yang diadakan bagi persiapan pelajar-pelajar tingkatan 5 untuk menduduki SPM pada tahun ini yang juga meliputi semua subjek. Semua guru SPM juga terlibat dalam menjayakan program ini. Program ini lebih istimewa dengan terdapatnya 10 orang pelajar dari SM Aminuddin Baki yang terlibat dalam Program Homestay iaitu 8 orang pelajar perempuan dan 2 orang pelajar lelaki.



Posted by: Siti Hajarahani