Thursday, April 3, 2008

Temasya Olahraga SMSS Kali Ke-35

Temasya Olahraga Tahunan Sekolah Menengah Sains Selangor kali ke-35 telah berjaya dianjurkan dengan jayanya pada hari Khamis 3 April 2008 pada di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras. Upacara perasmian telah disempurnakan oleh Encik Abdul Wahab bin Yahya , Commercial Control Manager, Nestle Product yang juga merupakan salah seorang bekas pelajar sekolah ini. Sebelum temasya ini dijalankan, pihak sekolah telah mengadakan sukantara dan acara-acara akhir di padang wembley dan Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur.

Antara tetamu jemputan lain yang turut hadir menyerikan temasya pada tahun ini ialah Encik Badrulzaman Hanif bin Haji Abu Bakar selaku Yang Dipertua PIBG Sekolah Menengah Sains Selangor, Encik Shahrunisam Kasio, Presiden ALUMNI Sekolah Menengah Sains Selangor, Encik Sohimi bin Hasnan, Penolong Pengarah SBP, KPM dan Encik Ilias bin Hamat, Penolong Pengarah SBP, KPM.

Acara perasmian telah dijalankan pada pukul 8.30 pagi, dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu Wilayah Persekutuan. Acara diikuti dengan lintas hormat perbarisan oleh pasukan pancaragam, ketua pelajar putera dan puteri, pembawa bendera kejohanan, pembawa bendera warna sekolah, kontinjen-kontinjen rumah sukan dan diakhiri oleh PKBM. Seterusnya saudara Mohd Iqbal bin Harith selaku olahragawan 2007 telah membacakan ikrar kejohanan. Majlis perasmian pada pagi tersebut diakhiri dengan acara keluar perbarisan yang didahului oleh pasukan PKBM.

Acara-acara olahraga dimulakan pada 9.15 pagi dengan larian 100 meter dan 200 meter. Temasya Olahraga pada tahun ini turut dimeriahkan dengan kehadiran sekolah-sekolah jemputan yang mengambil bahagian dalam acara 4 x 100 m perempuan dan 4 x 400 m lelaki. Antara sekolah-sekolah yang mengambil ialah seperti SEMASHUR, ASIS, SSAS, SESERI dam SMKBTR.

Acara-acara olahraga diteruskan selepas para penonton telah dihiburkan 2 buah lagu yang disampaikan oleh persembahan pancaragam. Acara dimulakan dengan 4 x 100 meter dan 4 x 400 meter kategori lelaki dan perempuan. Namun begitu acara terakhir yang dipertandingkan iaitu 4 x 400 meter kategori lelaki bawah 18 tahun terpaksa ditangguhkan selama setengah jam berikutan hujan lebat yang turun pada petang tersebut. Oleh kerana keadaan balapan yang basah, setelah itu upacara majlis penutup terpaksa diadakan di dalam foyer stadium kerana keadaan trek yang basah.

Pada tahun ini rumah Perwira yang dibimbing oleh Cik Arbaatulsyima bt Arshad telah berjaya menggondol kejuaraan keseluruhan diikuti oleh rumah Pahlawan, Pendekar dan Panglima. Acara perbarisan pula telah dimenangi oleh rumah Pahlawan manakala Muhd Asyraf b Muhd Amin dan Prissila Sebai Anak Unan telah diumumkan sebagai Olahragawan Terbaik kategori lelaki dan perempuan pada tahun ini.

Pihak sekolah merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah sama-sama menjayakan temasya pada tahun ini. Ucapan terima kasih juga kepada Encik Abdul Wahab bin Yahya yang telah sudi merasmi dan memberi sumbangan kepada pihak sekolah untuk menjayakan temasya ini. Terima kasih juga diucapkan kepada En Ng Ping Loong dari Nestle Product yang telah memberikan sumbangan berbentuk hamper, milo, t-shirt dan minuman milo, serta Encik Zainal Abidin b Abdul Rashid dari Indeks Associates Sdn. Bhd. yang telah sudi menaja pakaian pegawai pada temasya tersebut.

Tidak lupa juga kepada Sektor SBP, PIBG, Alumni SMSS, RAMD Kem Sungai Besi, DBKL, Quarter Master, JPA 3, Koperasi SMSS Berhad, Lembaga Pemimpin Pelajar, Pasukan Pancaragam, PBSM, PKBM, Kadet Polis, KRS, En Stanley, jawatankuasa-jawatankuasa, guru-guru, staf sekolah, ibubapa dan semua pelajar yang telah menjayakan temasya pada tahun ini. Akhir kata, jumpa lagi pada tahun 2009. Sekian.

No comments: