Saturday, November 6, 2010

Laporan Hari Kebudayaan Bahasa Cina Komunikasi kali ke-3

Tarikh: 29/10/2010-31/10/2010

Tempat :SBPI Kubang Pasu

Objektif: Merapatkan hubungan sillaturahim antara pelajar mandarin di seluruh SBP.

Mempelajari budaya cina dengan lebih dekat.

Mengumpulkan seberapa maklumat mengenai asal usul bahasa cina.

Mengetahui hubungkait bahasa cina dalam islam.


Pada 29/10/2010 sehingga 31/10/2010,SMSS telah menghantar seramai 10 orang pelajar bahasa cina komunikasi untuk menyertai Hari Kebudayaan Bahasa Cina Komunikasi kali ke-3 yang bertempat si SBPi Kubang Pasu,Bukit Kayu Hitam,Kedah Darul Aman. Kami bertolak dari sekolah pada jam 8.45 pagi.Perjalanan mengambil masa selama 8 jam untuk tiba di SBPI Kubang Pasu, dan kami tiba lebih kurang jam 6 petang.Setibanya disana, kami disambut mesra oleh pelajar SBPIKP dan diarah untuk mendaftarkan diri.Ketika mendaftar kami telah diberitahu mengenai pecahan kepada beberapa kumpulan.Pada malam itu,sesi taklimat telah disampaikan oleh pengetua SBPIKP.Selesai itu,program kami dimulakan dengan tugasan bersama ahli kumpulan untuk modul yang pertama.Modul itu berakhir dan kami dibenarkan untuk pulang ke hostel masing-masing.Keesokan harinya, aktiviti kami dimulakan dengan senaman pagi serta berjogging disekitar SBPIKP.Kemudian, kami menjalani modul yang kedua iaitu mengenai falsafah kehidupan.Selepas itu, acara explorace diadakan untuk setiap kumpulan.Pelbagai ujian dan tugasan yang harus kami laksanakan secara kerjasama dengan ahli kumpulan yang lain.Antara tugasan yang harus dilaksanakan ialah kaligrafi,angpau,chopstick,teka teki dan lembut lidah.Cabaran yang dikenakan sangat mencabar, ia memerlukan kerjasama dan komitmen dari setiap ahli kumpulan.

Selesainya explorace, kami telah bersiap sedia untuk berangkat ke Muzium Padi di Alor Setar.

Disana, kami mempelajari lebih lanjut mengenai pembuatan beras dari pokok padi.Seterusnya, kami bergerak ke Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara, yang terletak bersebelahan dengan Muzium Padi.Sekitar jam 2 petang, kami bertolak pulang ke SBPIKP.Pada malam itu,persembahan kebudayaan dari setiap sekolah yang hadir dipertontonkan.Persembahan dari setiap peserta sangat membanggakan.Pada keesokkan harinya, kami diberi pengisian rohani mengenai kehidupan masyarakat islam di Negara Cina.Selepas itu, modul berkumpulan terakhir kami dijalankan sebelum majlis penutupan di dewan sekolah SBPIKP.Majlis penutupan dirasmikan oleh Yb.Dr. Haji Mohd Puad B. Zarkashi,Timbalan Menteri Pelajaran.Uniknya majlis penutupan ini dilangsungkan bersama pelajar-pelajar kebudayaan Bahasa Jerman.Majlis penutupan berakhir dengan persembahan koir dari pelajar-pelajar SBPIKP.Setelah semua selesai,kami mula mengemas barang untuk berangkat pulang ke sekolah.Peserta-peserta HKBC tiba di SMSS pada jam 10.30 malam.

No comments: