Mohamad Shahir memberikan ucapan terimakasih kepada semua peserta homestay dari SMK Seksyen 5 Wangsa Maju
Hari: Jumaat
Masa: 11.00 pagi -12 tengahari
Tempat: Bilik Gerakan SMSS
Program homestay SMK Seksyen 5 Wangsa Maju di SMSS selama 5 hari berakhir pada hari ini. Seramai 13 orang pelajar yang terlibat telah melalui pelbagai pengalaman tinggal bersama di asrama dan belajar di kelas yang sama di SMSS. Pelbagai cerita suka dan duka telah dilalui bersama. Namun begitu, semua pengalaman tersebut amat berguna sebagai bekalan kepada pelajar untuk mengharungi hidup yang mencabar ini.
Pantun ini dipetik dari salah seorang peserta homestay:
"Mak dara berjalan menjual jamu,
jamu yang dijual bernama Safi,
kami di sini ingin menuntut ilmu,
salah dan silap harap dimaafi."
jamu yang dijual bernama Safi,
kami di sini ingin menuntut ilmu,
salah dan silap harap dimaafi."
No comments:
Post a Comment