Tarikh: 12 Julai 2011
Hari: Selasa
Masa: 3.00 pm -4.00 pm
Tempat: Dewan Besar SMSS
Hari: Selasa
Masa: 3.00 pm -4.00 pm
Tempat: Dewan Besar SMSS
Sek.Men.Sains Selangor telah mengadakan taklimat berkenaan makanan tambahan untuk semua pelajar tingkatan 3 dan tingkatan 5 di Dewan Besar. Makanan tambahan merupakan salah satu Program Kecemerlangan PMR dan SPM untuk melahirkan pelajar yang cergas dan cerdas. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Puan Jocelyn Khoo (pakar pemakanan) Nutrilite. Yang Dipertua PIBG Tuan Haji Khairul Azhar dan AJK PIBG yang lain seperti Dr. Tahir dan Haji Shaifuddin turut hadir mendengar taklimat tersebut bersama Pengetua SMSS. Semua pelajar tingkatan 5 dan tingkatan 3 akan mengambil makanan tambahan (Daily-Nutrilite) bermula 1 Ogos ini.
YDP PIBG( dua dari kiri) sedang berbincang dengan Haji Saifuddin
No comments:
Post a Comment