Tarikh : 17 Nov 2011
Masa : 7.30 - 11.00 pagi
Tempat : Taman Tasik Permaisuri, Cheras
Bersukan merupakan salah satu gaya hidup yang sihat. Selain daripada itu, ia dapat menyihatkan tubuh badan, melatih minda supaya lebih tajam dan fokus. Oleh itu, SM Sains Selangor telah mengadakan
LARIAN TASIK yang merupakan salah satu sukan tahunan sekolah. Pada tahun ini, larian ini disertai oleh para pelajar tingkatan 1, 2, 3 dan 4 yang terdiri daripada rumah Perwira, Pendekar, Panglima dan Pahlawan. Terdapat 6 kategori yang dipertandingkan iaitu Bawah 14 (lelaki & perempuan), Bawah 15 (lelaki dan perempuan) dan Bawah 16 (lelaki dan perempuan). Larian ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim warga SMSS..
Suasana di Taman Tasik Permaisuri sebelum Larian Tasik dimulakan
Medal-medal untuk semua kategori dipertandingkan
Para hakim di kalangan guru SMSS
Peserta-peserta larian tasik diberikan taklimat ringkas oleh Sir Sanderan dan Cikgu Mohd Shaari
Suasana di Taman Tasik Permaisuri yang dipenuhi oleh warga SMSS
Antara gaya-gaya yang ditunjukkan oleh altlet-atlet SMSS
Majlis penyampai medal dan hamper kepada para pemenang oleh Tn. Hj Nor Paizin, Sir Sanderan, En. Jasmi dan En Mohd Noor. Terima kasih diucapkan
Akhirnya, Rumah Perwira telah dinobatkan sebagai pemenang keselurahan Larian Tasik pada Tahun 2011. Tahniah diucapkan..
Naib Johan disandang oleh Rumah Pendekar
Tempat ke-3, Rumah Pahlawan
Tempat ke-4, Rumah Panglima
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Terima kasih juga diucapkan kepada semua warga SMSS yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Larian Tasik ini.
Posted by : Pn. Siti Hajarahani
Photograph by : Muzaffar