Kursus Kejurulatihan Ragbi Tahap 1 telah diadakan di Bilik Gerakan SMSS pada 15 November hingga 17 November. Seramai 19 orang pelajar SMSS terdiri dari tingkatan 2 dan 4, 2 orang pelajar STAR, 3 orang guru terlibat dengan kursus ini dan beberapa orang Alumni SMSS terlibat dengan kursus ini. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk mendedahkan peserta dengan asas kejurulatihan dan pengadilan. Ujian bertulis akan diadakan untuk menguji tahap kefahaman peserta-peserta. Sekiranya peserta-peserta tersebut melepasi tahap yang telah ditentukan mereka layak menjadi pembantu pengadil. Batch pertama tahun lepas yang menghadiri kursus telah dijemput oleh Kolej 10, UPM untuk menjadi pengadil dalam pertandingan Ragbi Sentuh Terbuka Kolej 10, UPM. Kursus Kejurulatihan Ragbi Tahap 1 ini mendapat kerjasama sepenuhnya dari Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM)
No comments:
Post a Comment