Sunday, January 29, 2012
Tuesday, January 24, 2012
Gong Xi....Gong Xi....
Labels:
Santai Selasa
SELAMAT TAHUN BARU CINA KEPADA WARGA SMSS YANG BERBANGSA CINA
" GONG XI FA CAI "
p/s : Meriah dgn warna merah....macam Pahlawan pula (", SMSS bercuti panjang...buka sekolah dengan semangat yang membara ya....Selamat Bercuti
Tuesday, January 17, 2012
Lawatan SMP Negeri 21 Semarang dan SMP Negeri 2 Kudus , Provinsi Jawa Tengah dari Indonesia;)
Tarikh : 18 Januari 2012
Tempat : SM Sains Selangor
Pihak sekolah telah menerima rombongan sekolah dari Indonesia yang terdiri seramai 65 orang murid serta 11 guru daripada 2 sekolah berbeza iaitu SMP Negeri 21 Semarang dan SMP Negeri 2 Kudus , Jawa Tengah . Mereka tiba di SMSS tepat jam 9 pagi lalu diiringi pelajar serta guru SMSS ke dalam dewan wawasan . Mereka disambut dengan persembahan gamelan , tarian dan wind orkestra .Dari dewan wawasan , mereka bergerak ke bilik mesyuarat untuk menghadiri persembahan multimedia dan sesi soal jawab. Setelah itu, mereka telah meninjau kawasan sekolah serta bilik-bilik tertentu seperti bilik muzik , gamelan , gimnasium dan kebitaraan sains untuk menimba ilmu . Semoga lawatan ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara dua buah negara iaitu Malaysia dan Indonesia .
Pemain Gamelan.
Amira Syahira bersama pelajar dari SMP Negeri 21 Semarang .
Seorang pelajar SMP Negeri 21 Semarang sedang mencuba peralatan di gimnasium .
Penghargaan buat SMP Negeri 21 Semarang .
Gambar untuk kenang-kenangan
Panas...Panas...Panas...
Labels:
Santai Selasa
Salam Selasa (",
Gambar dari Google
Sahabat-sahabat guru & anak-anak pelajar, sila minum air kosong banyak-banyak ya....dan jaga kesihatan juga.
p/s : Bagaimana Menghadapi Cuaca Panas
1. Minum air sebanyak yang mungkin
Seorang kapten tentera memberitahu kepada anak buahnya bahawa dehydration is the worst enemy for soldier. Jadi bagi mereka yang berkerja atau sering keluar pada cuaca panas adalah disarankan anda kerap meminum air suam bagi mengelakkan dehydration berlaku pada badan anda. Ingat, dehydration boleh menyebabkan kematian.
Minum air juga dapat menghilangkan dahaga
2. Mandi
Dalam keadaan cuaca panas sekarang, mesti ramai yang gemar mandi, malah ada yang mandi sampai 4 -5 kali sehari bagi menyejukkan badan. jadi, mandilah sekerap mungkin bagi memastikan suhu badan anda maintain pada tahap optimum. Tapi janganlah anda mandi pada waktu tengah malam pula, nanti kena penyakit paru – paru berair pula. (huhuu)
Mandi dapat menyegarkan badan
3. Kurangkan aktiviti luar.
Bagi yang gemar melakukan aktiviti luar, anda disarankan untuk mengurangkannya bagi mengelakkan pekara buruk terjadi seperti pengsan atau sebagai yang disebabkan cuaca panas. Tapi haku rasa, dalam keadaan cuaca sebegini mesti ramai yang malas untuk melakukan aktiviti luar bukan?
4. Jangan bermain api.
Ini penting, bermain api semasa cuaca kering ini sangat merbahaya kerana dikhuatiri akan menyebabkan kebakaran. Kepada perokok – perokok, anda juga disarankan tidak membuang puntung – puntung rokok di merata – rata tempat terutamanya dikawasan semak samun kerana ia boleh menyebabkan kebakaran. Ini terjadi di tempat haku sekarang di Jelutong, Penang, tempat pelupusan sampah mengalami kebakaran selama hampir seminggu disebabkan pekerjanya membuang puntung rokok dikawasan tersebut. Selain itu, elakkan kebakaran terbuka kerana ia hanya menambah kesan rumah hijau kepada bumi.
5. Makan makanan yang menyejukkan.
Elakkan makan makanan yang boleh menaikkan suhu badan seperti durian, makanan manis dan seangkatan dengannya. Banyakkan makan buah – buahan seperti buah Naga kerana ia membantu menyejukkan badan anda. Bagi perokok, kurangkan jumlah anda merokok dan kalau boleh berhenti terus kerana merokok hanya akan menyebabkan badan anda menjadi panas.
6. Pakai pakaian yang sesuai.
Pakai Pakaian yang sesuai ketika cuaca panas.Mungkin korang tak pernah dengar kan? Tapi ini juga tips berguna untuk semua.Digalakkan memakai pakaian yang berwarna cerah selain hitam, kerana hitam akan menyerap haba, so kita nanti akan bertambah panas le..
Dipetik dari : http://ukirancinta.blogspot.com/2011/05/bagaimana-menhadapi-cuaca-panas.html#ixzz2CR3wnL9b
Posted by : Shiemz
Sunday, January 15, 2012
LAKARAN KEJAYAAN...
Labels:
Ragbi
Thursday, January 12, 2012
Wednesday, January 11, 2012
PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 1 (AMBILAN 1/2012)
Labels:
Form 1
Tuesday, January 10, 2012
Team Building
Labels:
Kem
Friday, January 6, 2012
LDP Bil 1/2012
Labels:
LADAP
Wednesday, January 4, 2012
PENDAFTARAN SEMULA PELAJAR SMSS SESI 2012
Kami mengucapkan Selamat Datang kembali kepada semua pelajar ke kampus SMSS untuk memulakan pengajian bagi sesi 2012. Pendaftaran diadakan di Dewan Wawasan SMSS bermula dari jam 2.00 petang hingga 6.00 petang. Semoga SMSS terus melakar kecemerlangan dalam kurikulum dan kokurikulum sepanjang tahun ini.
Kegembiraan terpancar di wajah tiap-tiap anak pelajar, sudah tidak sabar untuk memulakan sesi persekolahan keesokan harinya. Selamat Maju Jaya...
Posted by : Shiemz
Subscribe to:
Posts (Atom)