Showing posts with label Santai Selasa. Show all posts
Showing posts with label Santai Selasa. Show all posts

Tuesday, January 8, 2013

Hadiah Buat Kita...





Kepada Kawan..... KESETIAAN

Kepada Musuh..... KEMAAFAN

Kepada Ketua..... KHIDMAT

Kepada Yang Muda..... CONTOH KEBAIKAN

Kepada Yang Tua..... HARGAI BUDI MEREKA & KESETIAAN

Kepada Pasangan..... KASIH SAYANG

Kepada Tuhan..... CINTA & KETAATAN
 
 

Tuesday, June 26, 2012

Ahlan wa Sahlan

Assalamualaikum....

Nama saya SYA'BAN... saya ingin mengingatkan anda jiran saya RAMADAN akan datang mengunjungi anda tidak lama lagi, bersama isterinya REZEKI dan dua orang anak mereka SAHUR dan IFTAAR...

Mereka ditemani oleh tiga orang cucu iaitu RAHMAT, KEAMPUNAN dan BARAKAH... dan mereka akan pulang selepas 30 hari dengan pesawat AIDIL FITRI airlines...

Hargai mereka... dan anda akan mendapat KEMENANGAN, KEBERKATAN dan BERSYUKUR....

* bersediakah kita menyambut kehadiran 'mereka'


Gambar credit to Google

Tuesday, January 24, 2012

Gong Xi....Gong Xi....


SELAMAT TAHUN BARU CINA KEPADA WARGA SMSS YANG BERBANGSA CINA

" GONG XI FA CAI "





p/s : Meriah dgn warna merah....macam Pahlawan pula (", SMSS bercuti panjang...buka sekolah dengan semangat yang membara ya....Selamat Bercuti


Tuesday, January 17, 2012

Panas...Panas...Panas...

Salam Selasa (",

Cuaca sangat panas sekarang....

Gambar dari Google

Sahabat-sahabat guru & anak-anak pelajar, sila minum air kosong banyak-banyak ya....dan jaga kesihatan juga.


p/s : Bagaimana Menghadapi Cuaca Panas

1. Minum air sebanyak yang mungkin

Seorang kapten tentera memberitahu kepada anak buahnya bahawa dehydration is the worst enemy for soldier. Jadi bagi mereka yang berkerja atau sering keluar pada cuaca panas adalah disarankan anda kerap meminum air suam bagi mengelakkan dehydration berlaku pada badan anda. Ingat, dehydration boleh menyebabkan kematian.

Minum air juga dapat menghilangkan dahaga

2. Mandi

Dalam keadaan cuaca panas sekarang, mesti ramai yang gemar mandi, malah ada yang mandi sampai 4 -5 kali sehari bagi menyejukkan badan. jadi, mandilah sekerap mungkin bagi memastikan suhu badan anda maintain pada tahap optimum. Tapi janganlah anda mandi pada waktu tengah malam pula, nanti kena penyakit paru – paru berair pula. (huhuu)

Mandi dapat menyegarkan badan

3. Kurangkan aktiviti luar.

Bagi yang gemar melakukan aktiviti luar, anda disarankan untuk mengurangkannya bagi mengelakkan pekara buruk terjadi seperti pengsan atau sebagai yang disebabkan cuaca panas. Tapi haku rasa, dalam keadaan cuaca sebegini mesti ramai yang malas untuk melakukan aktiviti luar bukan?

4. Jangan bermain api.

Ini penting, bermain api semasa cuaca kering ini sangat merbahaya kerana dikhuatiri akan menyebabkan kebakaran. Kepada perokok – perokok, anda juga disarankan tidak membuang puntung – puntung rokok di merata – rata tempat terutamanya dikawasan semak samun kerana ia boleh menyebabkan kebakaran. Ini terjadi di tempat haku sekarang di Jelutong, Penang, tempat pelupusan sampah mengalami kebakaran selama hampir seminggu disebabkan pekerjanya membuang puntung rokok dikawasan tersebut. Selain itu, elakkan kebakaran terbuka kerana ia hanya menambah kesan rumah hijau kepada bumi.

5. Makan makanan yang menyejukkan.

Elakkan makan makanan yang boleh menaikkan suhu badan seperti durian, makanan manis dan seangkatan dengannya. Banyakkan makan buah – buahan seperti buah Naga kerana ia membantu menyejukkan badan anda. Bagi perokok, kurangkan jumlah anda merokok dan kalau boleh berhenti terus kerana merokok hanya akan menyebabkan badan anda menjadi panas.

6. Pakai pakaian yang sesuai.

Pakai Pakaian yang sesuai ketika cuaca panas.Mungkin korang tak pernah dengar kan? Tapi ini juga tips berguna untuk semua.Digalakkan memakai pakaian yang berwarna cerah selain hitam, kerana hitam akan menyerap haba, so kita nanti akan bertambah panas le..


Dipetik dari : http://ukirancinta.blogspot.com/2011/05/bagaimana-menhadapi-cuaca-panas.html#ixzz2CR3wnL9b


Posted by : Shiemz