Monday, October 5, 2009

Majlis Persaraan PKHEM SM Sains Selangor


Majlis Persaraan Tuan Hj. Abdul Halil bin Ngah Karim (PKHEM) telah diadakan pada 5 Oktober 2009 bertempat di Dewan Makan SMSS. Majlis bermula pada pukul 8.30 malam. Sebelum itu pada 30 September, pihak sekolah telah mengadakan LUNCH untuk beliau di Hotel Cititel.

Turut hadir ke majlis pada malam itu ialah YDP PIBG dan AJK PIBG SMSS. Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah diadakan serentak dengan majlis ini. Majlis berlangsung dalam suasana cukup meriah. 'Terima kasih cikgu dan kenang kami dalam ingatan'.Itulah kata-kata yang cukup menyentuh perasaan guru-guru dan para pelajar yang hadir yang diucapkan dalam Ucapan Ketua Pelajar, saudara Nik Azwan.

Majlis berakhir dengan sesi bergambar bersama Tn. Hj. Abdul Halil.



Gambar Tn. Hj. Abdul Halil bin Ngah Karim sedang memotong kek sambil diperhatikan oleh Tn. Hj. Nor Paizin (Pengetua SMSS), Prof. Madya Dr. Azizan Asmuni (YDP PIBG) dan IR. Sham Kasio (Presiden ALUMNI)



Hari akhir 'punch card'. Sayonara Sains Selangor.

Saturday, August 15, 2009

Sambutan Ambang Merdeka 2009


Pada 15 Ogos 2009 bersamaan hari Sabtu, Sekolah Menengah Sains Selangor telah menyambut Hari Ambang Merdeka. Semua warga Sekolah Menengah Sains Selangor dikehendaki berkumpul di Dataran Bendera seperti perhimpunan rasmi.

Majlis telah dikelolakan oleh Azfar Afif. Sambutan pada hari itu telah dimulakan dengan alunan lagu-lagu patriotik dan lagu sekolah yang dimainkan oleh pasukan pancaragam sekolah. Kehadiran seniman tanah air, Dato’ Mustapha Maarof disambut dengan tangan terbuka dari warga SMSS. Perasmian pula telah dirasmikan oleh Yang di Pertua PIBG SMSS, Prof Madya Dr Azizan bin Asmuni. Selain itu, persembahan sajak telah diklemasikan oleh pelajar Tingkatan 2 dengan penuh semangat patriotik.

Majlis telah disambung dengan melakukan aktiviti di dalam dewan antaranya seluruh warga SMSS menyaksikan dokumentari berjudul Semangat Merdeka, ceramah “ Memori Semangat Anak Watan” oleh Dato’ Mustapha Maarof.Majlis telah diakhiri dengan laungan kemerdekaan sebanyak 7 kali oleh seluruh warga SMSS. MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Tuesday, July 7, 2009

Pesta Makan Durian


Pada 7 Julai 2009, Sekolah Menengah Sains Selangor telah mengadakan Pesta Makan Durian. Selepas tamat sesi persekolahan, murid-murid dikehendaki berkumpul di Pavillion. Seluruh warga Sekolah Menengah Sains Selangor telah dijamukan dengan pelbagai jenis buah-buahan. Walaupun hari tidak mengizinkan, tetapi pesta itu tetap berjalan dengan lancar. Tradisi ini tetap diteruskan oleh Tuan Haji Nor Paizin. Terima kasih yang tidak terhingga kerana telah menjayakan Pesta Makan Durian ini.

Saturday, March 28, 2009

Temasya Olahraga Kali Ke36 Tahun 2009


Hari Ahad, bertarikh 28 Mac 2009 melibatkan pelajar Sekolah Menengah Sains Selangor berkumpul dengan penuh semangat kesukanan dan bergerak ke Stadium Bola Bandar Tun Razak. Cuaca yang mendung lagi indah amat sesuai untuk acara tersebut. Kejohanan mulakan dengan acara perbarisan lintas hormat. Para penonton amat teruja dengan kekemasan dan keunikan peserta pebarisan yang diwakili oleh ketua pemimpin pelajar,pembawa bendera kejohanan,olahragawan dan kontijen yang lain. Tema yang dipilih untuk tahun ini ialah “Warisan dan kebudayaan”. Mohd Asyraf b Mohd Amin telah mengetuai bacaan ikrar diikuti dengan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Sains Selangor dengan penuh semangat sekali. Temasya sukan pada tahun ini telah dirasmikan oleh Prof. Madya Dr. Azizan bin Asmuni

Secara keseluruhannya, setiap peserta telah bertungkus-limus dalam memperolehi pingat emas bagi setiap acara yang telah ditandingkan. Kejohanan Olahraga Sekolah Menengah Sains Selangor kali ke-36 telah berjalan lancar hasil kerjasama semua pihak yang terlibat. Kejohanan pada tahun ini telah menjadi milik rumah perwira