Tuesday, November 22, 2011

Pemilihan Pelajar-Pelajar Tingkatan Satu Ambilan Pertama Tahun 2012


Pemilihan pelajar-pelajar Tingkatan 1 ambilan 1 tahun 2012 telah diadakan pada hari ini di SMSS bermula jam 8.30 pagi hingga 2.30 petang. Pelajar-pelajar Tahun 6 yang telah dipilih untuk menjalani temuduga ini mesti melalui beberapa ujian seperti penampilan dan personaliti, ujian kecerdasan, kemahiran asas agama Islam dan ujian kecergasan. Pn.Intan Shahiza binti Zainal Abidin selaku penyelaras program ini dengan dibantu oleh guru-guru dan pelajar-pelajar tingkatan 4 berjaya melaksanakan program ini dengan lancar sehingga ke penghujungnya.


SUASANA DI KAUNTER PENDAFTARAN



UJIAN KECERDASAN




MENILAI PERSONALITI DAN KOMUNIKASI




MENILAI KEMAHIRAN ASAS AGAMA ISLAM


UJIAN KECERGASAN






Sunday, November 20, 2011

Persembahan Khidmat Masyarakat di Laman Santai, Istana Budaya.

Pada 19 November 2011, pasukan Gamelan dan Wind Orchestra SMSS telah membuat persembahan di Laman Santai Istana Budaya, Kuala Lumpur pada jam 8.30 malam hingga 11.30 malam. Pasukan Gamelan SMSS terlebih dahulu membuat persembahan yang amat menarik sebelum pembukaan majlis itu. Pasukan Gamelan telah menyampaikan 3 buah lagu dan sebuah tarian Togok.

Wind Orchestra SMSS telah menyampaikan 8 buah lagu seperti lagu Lady Gaga, Manusia, Itulah Sayang, Malaysian Medley, Hawaii Five O, Pirate Of The Caribean, Abba dan Latin Celebration. Persembahan ini turut diserikan oleh artis tempatan seperti Dina, Dior dan Wani.

Sambutan yang diberikan oleh masyarakat sekeliling amat menggalakkan terutamanya dari pihak ibubapa, Sekolah Berasrama Penuh dan pelajar-pelajar dari sekolah lain. Hujan yang turun semenjak petang tidak menjadi penghalang kepada kemeriahan persembahan yang diberikan oleh pasukan Gamelan dan Wind Orchestra SMSS.

Ini merupakan salah satu persembahan program khidmat masyarakat luar dari pasukan Wind Orchestra dan Gamelan SMSS untuk tahun 2011. Program ini telah dijayakan oleh 53 orang pelajar dari pasukan Wind Orchestra dan 15 orang pelajar Gamelan.

Pihak SMSS mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini secara langsung atau pun tidak langsung. Sokongan yang telah diberikan menjadi kekuatan kepada pasukan Gamelan dan Wind Orchestra SMSS untuk menjayakan persembahan di masa akan datang. Terima kasih semua !!!



Friday, November 18, 2011

Menutup Tirai Persekolahan 2011

Hari ini merupakan hari terakhir persekolahan tahun 2011. Tn.HJ Nor Paizin Pengetua Cemerlang SMSS telah menyampaikan ucapan terakhir kepada semua pelajar yang akan bercuti hujung tahun ini. Ucapan beliau padat dengan nasihat yang boleh dimanfaatkan oleh semua pelajar sepanjang mereka bercuti.

Pengetua juga telah menyampaikan hadiah sempena Karnival Sukan yang telah diadakan pada 15 - 17 November. Berikut merupakan keputusan keseluruhan Karnival Sukan SMSS:

  1. Bola sepak L14 : Panglima
  2. Bola sepak L16 : Pahlawan
  3. Bola jaring P114 : Perwira
  4. Bola jaring P16 : Pahlawan
  5. Bola keranjang P14 : Perwira
  6. Bola keranjang L14 : Panglima
  7. Bola keranjang P16 : Perwira
  8. Bola keranjang L16 : Panglima
  9. Ragbi L14 : Panglima
  10. Ragbi L16 : Panglima
  11. Hoki P14 : Perwira
  12. Hoki L14 : Panglima
  13. Hoki P16 : Panglima
  14. Hoki L16 : Pendekar

Amanat terakhir dari Pengetua


Tahniah Felly...


Lambungan menentukan juara pertandingan ragbi antara Rumah Pahlawan & Pendekar



Pemenangnya adalah...Rumah Panglima


Terima kasih Pengetua !


Jamuna bersama hamper kemenangan


Khairul Muhammad Akmal menerima medal


SELAMAT BERCUTI KEPADA SEMUA GURU & PELAJAR SEK.MEN.SAINS. SELANGOR. JUMPA LAGI PADA TAHUN 2012...




Thursday, November 17, 2011

Karnival Sukan (Hari Ke-3)

Pada hari ke-3 karnival sukan, perlawanan hoki diteruskan dengan pukulan penalti sahaja. Perkara ini tidak dapat dielakkan kerana hujan.






LARIAN TASIK

Tarikh : 17 Nov 2011
Masa : 7.30 - 11.00 pagi
Tempat : Taman Tasik Permaisuri, Cheras

Bersukan merupakan salah satu gaya hidup yang sihat. Selain daripada itu, ia dapat menyihatkan tubuh badan, melatih minda supaya lebih tajam dan fokus. Oleh itu, SM Sains Selangor telah mengadakan LARIAN TASIK yang merupakan salah satu sukan tahunan sekolah. Pada tahun ini, larian ini disertai oleh para pelajar tingkatan 1, 2, 3 dan 4 yang terdiri daripada rumah Perwira, Pendekar, Panglima dan Pahlawan. Terdapat 6 kategori yang dipertandingkan iaitu Bawah 14 (lelaki & perempuan), Bawah 15 (lelaki dan perempuan) dan Bawah 16 (lelaki dan perempuan). Larian ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim warga SMSS..



Suasana di Taman Tasik Permaisuri sebelum Larian Tasik dimulakan


Medal-medal untuk semua kategori dipertandingkan


Para hakim di kalangan guru SMSS

Peserta-peserta larian tasik diberikan taklimat ringkas oleh Sir Sanderan dan Cikgu Mohd Shaari


Suasana di Taman Tasik Permaisuri yang dipenuhi oleh warga SMSS



Antara gaya-gaya yang ditunjukkan oleh altlet-atlet SMSS






Majlis penyampai medal dan hamper kepada para pemenang oleh Tn. Hj Nor Paizin, Sir Sanderan, En. Jasmi dan En Mohd Noor. Terima kasih diucapkan


Akhirnya, Rumah Perwira telah dinobatkan sebagai pemenang keselurahan Larian Tasik pada Tahun 2011. Tahniah diucapkan..



Naib Johan disandang oleh Rumah Pendekar


Tempat ke-3, Rumah Pahlawan


Tempat ke-4, Rumah Panglima


Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Terima kasih juga diucapkan kepada semua warga SMSS yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Larian Tasik ini.



Posted by : Pn. Siti Hajarahani

Photograph by : Muzaffar

Wednesday, November 16, 2011

Program " I'm A Scientist Get Me Out Of Here "

SMSS telah terpilih sebagai Sekolah Rintis untuk menjayakan Program I'm A Scientist Get Me Out Of Here. Program ini dikendalikan oleh Akademi Sains Malaysia dan melibatkan 20 orang pelajar Tingkatan 4. Program telah dijalankan pada 15 November 2011 hingga 16 November 2011 di Pusat Sumber SMSS. Seramai 3 oarang Pegawai ASM hadir untuk mengendalikan Program ini.

Aktiviti yang dijalankan melibatkan pelajar berinteraksi dengan Saintis melalui internet dengan bertanyakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isu-isu Sains. Diikuti dengan pengundian Saintis dan Penyingkiran. Antara Saintis yang terlibat ialah Prof Yang Farina, Dr Che Rozid Mamat dan Dr Nather Khan. Prof Yang Farina telah terpilih sebagai pemenang bagi aktiviti ini.

En Jasin sedang menemubual pelajar

Pelajar sedang berbual dengan Saintis







Posted by : Saripah bt Abdul Karim

Karnival Sukan (Hari Ke-2)

Pada hari ke-2 karnival sukan SMSS, berlangsungnya perlawanan hoki di antara Rumah Sukan. Terdapat 4 kategori yang dipertandingkan Bawah 14 Tahun (lelaki & perempuan) dan Bawah 16 Tahun (lelaki & perempuan). Pengadil-pengadil pertandingan ini terdiri daripada kalangan pemain-pemain pasukan hoki SMSS di bawah pengawasan Sir Sanderan selaku jurulatih dan guru penasihat Kelab Hoki SMSS. Ini dapat mengasah bakat-bakat muda para pelajar SMSS. Majulah sukan untuk SMSS.



Taklimat ringkas oleh Sir Sanderan sebelum perlawanan bermula


Para peserta dan penonton menanti dengan penuh sabar untuk melihat perlawanan hoki


Persiapan akhir Rumah Pahlawan dan penjaga gol sebelum memulakan perlawanan


Antara babak perlawanan hoki perempuan dan pelajar berbaju kuning adalah pengadil yang terdiri daripada pemain hoki SMSS.



Peserta-peserta bertungkus lumus sepanjang perlawanan.




Posted by : Pn Siti Hajarahani

Photographer : Muzaffar