Monday, March 26, 2012

MINGGU KREATIF & INOVATIF ( HARI KEDUA)

Tarikh: 26 Mac 2012

Tentatif :
8.30-9.00 pagi : Majlis Pelancaran Minggu Kreatif & Inovatif
9.00-10.00 pagi : Perkongsian Pengalaman Bersama Pemenang Pertandingan
Robotik Kebangsaan 2011
10.00-10.30 pagi : Taklimat Pertandingan Water Rocket Launching
10.30-3.30 ptg : Persiapan Pertandingan Water Rocket Launching
3.30- 4.30 ptg : Pertandingan Water Rocket Launching (Sekolah Rendah & Menengah)

Gambar (a), (b) & (c): Majlis Pelancaran Minggu Kreatif & Inovatif

(a)

(b)

(c)

Gambar (d), (e) & (f): Perkongsian Pengalaman Bersama Pemenang Pertandingan Robotik Kebangsaan.
(d)

(e)

(f)

Gambar (g), (h) & (i) : Taklimat dan Persiapan Pertandingan Water Rocket Launching
(g)

(h)

(i)

Gambar (j), (k), (l) & (m) : Taklimat dan Persiapan Pertandingan Water Rocket Launching
(j)

(k)

(l)

(m)
Posted by: Siti Hajarahani
Photographer: Puteri Batrisya

PERASMIAN PROGRAM KITAR SEMULA SISA MINYAK MASAK 2012 DENGAN KERJASAMA DBKL & LUAS

Tarikh : 26 Mac 2012
Tempat : Dataran Bendera
Masa : 7.30 - 8.30 Pagi
Program Kitar Semula Sisa Minyak Masak adalah kelangsungan kepada Program Alam Sekitar yang menjadi ETOS SMSS yang bertemakan MELESTARI SUMBER ALAM. Program ini telah dirasmikan oleh Dr Hayati Bt Abdullah, Pengarah Jabatan Kesihatan & Alam Sekitar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Tujuan program ini adalah untuk menanam sikap prihatin warga SMSS dan komuniti tentang kepentingan mengamalkan kitar semula dalam kehidupan bagi menjaga alam sekitar sekeliling. Jutaan terima kasih diucapkan kepada tetamu-tetamu jemputan dan semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Tetamu-tetamu jemputan

Suasana di SMSS sepanjang perasmian program ini

Ucapan Tuan Pengetua

Ucapan Perasmian oleh Dr Hayati Bt Abdullah
Gimik Perasmian Program Kitar Semula Sisa Minyak Masak

Penyampaian Cenderahati
Pihak sekolah amat mengalu-alukan semua ahli PIBG, ALUMNI, warga SMSS serta komuniti setempat agar dapat menyumbangkan minyak masak terpakai ke lokasi PUSAT PENGUMPULAN KITAR SEMULA SM SAINS SELANGOR.

Posted by : Siti Hajarahani
Photographer : Muzaffar & Puteri Batrisya

Sunday, March 25, 2012

MINGGU KREATIF & INOVATIF ( HARI PERTAMA)

Tarikh: 25 Mac 2012
Tempat : Dewan Wawasan SMSS
Masa : 2.00 - 4.30 Petang
Pendaftaran Dan Taklimat Para Peserta Robotik & Water Launching.
Pendaftaran

Para Peserta dan Guru Pengiring Diberikan Taklimat

Posted by : Siti Hajarahani
Photographers : Nazrul, Muzaffar & Puteri Batrisya

Saturday, March 24, 2012

PERTANDINGAN KAWAD KAKI BADAN BERUNIFORM 2012 PERINGKAT SEKOLAH

Tarikh : 24 Mac 2012
Tempat : Dataran Bendera
Masa : 9.00 Pagi - 12.00 Tgh

Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform Tahun 2012 ini melibatkan 7 pasukan beruniform SMSS iaitu KRS (Putera), Ranjer & Pandu Puteri, PBSM, PKBM, Kadet Bomba, Pengakap dan KRS (Puteri). Pertandingan ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran tetamu jemputan iaitu Yang Berbahagia PKPgB Mohammad Sofi Bin Abdul Wahab, Ketua Balai Bomba Bandar Tun Razak. Pertandingan ini dapat memupuk sikap para pelajar agar sentiasa bekerjasama dalam pasukan dan lebih berdisiplin. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini terutamanya guru-guru penasihat Badan Beruniform SMSS dan para AJK Pertandingan Kawad Kaki 2012. Tahniah juga kepada semua pasukan yang telah menjayakan pertandingan kawad kaki ini.
Guru - guru SMSS


Antara hakim pertandingan En. Syamzulani dan Pn. Hjh Kalthom.


Dari kanan, En Jasmi, Yang Berbahagia PKPgB Mohammad Sofi B. Abdul Wahab (tetamu jemputan), Tn Hj Nor Paizin dan Pn Hjh Roslina.

Juruacara iaitu Pn Putri Noor Kharizah

Pasukan KRS (Putera)
Pasukan Ranjer dan Pandu Puteri

PBSM

PKBM

Antara gaya yang ditunjukkan oleh pasukan PKBM.

Tabik Hormat oleh Ketua Plantun

Pasukan Kadet Bomba

Pasukan Pengakap yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1

Pasukan KRS (Puteri)

Suasana di Dataran Bendera sementara menunggu keputusan pertandingan.

Ahmad Nasruddin B. Ameer Ali dari PKBM telah dinobatkan sebagai ketua plantun terbaik. Tahniah diucapkan.

Akhirnya, PKBM telah dinobatkan sebagai Juara Pertandingan Kawad Kaki Tahun 2012. Pasukan ini telah menerima Piala Pusingan dan hadiah. Tahniah diucapkan!

Pasukan Ranjer dan Pandu Puteri menduduki tempat kedua. Tahniah!

Tempat ketiga, Pasukan Kadet Bomba. Tahniah!
Posted by : Siti Hajarahani
Photographer : Muzaffar & Puteri Batrisya

Sunday, March 11, 2012

KEM PEMBANGUNAN RAGBI

SMSS dengan kerjasama BRC (Bintang Rugby Club) telah menganjurkan Kem Ragbi yang bertujuan untuk memberi latihan ragbi terkini dan mendedahkan jurulatih dan atlet ragbi dengan modul latihan antarabangsa ala New Zealand.

SMSS sangat berbesar hati menerima peserta dari sekolah-sekolah sekitar Lembah Klang dan atlet ragbi MSSWP.

Penganjur mengucapkan terima kasih kepada BRC dan jurulatih yang didatangkan khas dari INSIDE RUNNING ACADEMY,New Zealand.