Monday, October 5, 2009

Majlis Persaraan PKHEM SM Sains Selangor


Majlis Persaraan Tuan Hj. Abdul Halil bin Ngah Karim (PKHEM) telah diadakan pada 5 Oktober 2009 bertempat di Dewan Makan SMSS. Majlis bermula pada pukul 8.30 malam. Sebelum itu pada 30 September, pihak sekolah telah mengadakan LUNCH untuk beliau di Hotel Cititel.

Turut hadir ke majlis pada malam itu ialah YDP PIBG dan AJK PIBG SMSS. Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah diadakan serentak dengan majlis ini. Majlis berlangsung dalam suasana cukup meriah. 'Terima kasih cikgu dan kenang kami dalam ingatan'.Itulah kata-kata yang cukup menyentuh perasaan guru-guru dan para pelajar yang hadir yang diucapkan dalam Ucapan Ketua Pelajar, saudara Nik Azwan.

Majlis berakhir dengan sesi bergambar bersama Tn. Hj. Abdul Halil.



Gambar Tn. Hj. Abdul Halil bin Ngah Karim sedang memotong kek sambil diperhatikan oleh Tn. Hj. Nor Paizin (Pengetua SMSS), Prof. Madya Dr. Azizan Asmuni (YDP PIBG) dan IR. Sham Kasio (Presiden ALUMNI)



Hari akhir 'punch card'. Sayonara Sains Selangor.

1 comment:

RiZUaN said...

Assalamualaikum,

Tuan Hj. Abdul Halil bin Ngah Karim merupakan salah seorang guru yg sy kira telah bnyk mendidik anak2 SMSS sejak dari dulu lg. Selamat bersara & terima kasih, Cikgu.

Kepada pihak sekolah di bawah Pengetua Tn Hj. Nor Paizin, teruskan usaha utk menguar2kan aktiviti SMSS di laman blogspot ini (sy kira merupakan laman 'rasmi' selain www.smssonline.page.tl yg juga sy anggap sbg 'rasmi'), kerana sy kira, ramai lg yg ingin mengetahui perkembangan sekolah dan guru2 w'pun sudah lebih lama meninggalkan sekolah ini.

Kedua2 guru ini (Tn. Hj. Halil & Tn. Hj. Nor Paizin) dan jg sy rasa ramai lg guru2 sekarang di SMSS telah banyak menabur jasa mendidik sy dan rakan2 dr batch 1994-1998. Terima kasih yg tak terhingga dr sy.