Sunday, August 15, 2010

PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN KE 53 - SMSS

Tarikh : 16 Ogos 2010
Masa : 7.30 pg.
Tempat : Dataran Bendera

Pelancaran Bulan Kemerdekaan Malaysia Ke 53 peringkat sekolah telah selesai dijalankan dalam suasana yang cukup patrotisme. Majlis dimulakan dengan doa diikuti dengan perarakan Jalur Gemilang yang dibawa oleh lima orang ahli Kadet Remaja Sekolah. Lagu Negaraku dinyanyikan dengan penuh semangat merdeka oleh semua guru dan pelajar , dikuti dengan Lagu Wilayah Persekutuan dan Lagu Sekolah. Selepas itu Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar pelajar dilaungkan. Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan ini diadakan pada Perhimpunan Rasmi Pagi hari Isnin.

Majlis diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Tn. Hj. Nor Paizin Ibrahim dan seterusnya acara memotong tali Kain Rentang yang bertema 1 Malaysia : Menjana Transformasi sebagai tanda Pelancaran Bulan Kemerdekaan Malaysia Ke 53 Tahun. Majlis diakhiri dengan deklamasi sajak bertajuk "Perjuangan yang belum selesai" oleh dua orang pelajar Tingkatan 3.

Semoga majlis yang diadakan ini dapat menyedarkan kepada semua pelajar erti kemerdekaan dan seterusnya bersama-sama berjuang mengekalkan kemerdekaan yang telah diperolehi daripada nenek moyang mereka.

No comments: