Tuesday, February 21, 2012

Lawatan Pengetua dan Guru daripada SMA-SMK Negeri/Swasta Kabupaten Bulukumba Sulawesi Selatan , Indonesia :)

Tarikh : 21 Februari 2012

Tempat : SM Sains Selangor

Pihak sekolah telah menerima rombongan Pengetua dan Guru dari sekolah negeri/swasta dari Sulawesi Selatan :) Buat julung kali pertamanya sekolah kita menerima rombongan dari Sulawesi Selatan yang terdiri daripada pengetua sekolah tersebut serta seramai 33 orang guru.

Mereka tiba di SMSS tepat pada pukul 10 pagi lalu diringi oleh pengetua dan guru SMSS ke bilik gerakan . Majlis dimulakan dengan ucapan pengetua yang penuh bertenaga lalu dipersembahkan dengan persembahan multimedia . Kemudian , sesi soal jawab antara pelawat dan pengetua diadakan . Setelah itu ,mereka telah meninjau kawasan sekolah serta bilik-bilik tertentu seperti kelas 4 Jaya dan bilik kebitaraan sains . Selepas itu , mereka dijemput ke dewan makan untuk menikmati jamuan yang telah disediakan . Semoga lawatan ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara dua buah negara iaitu Malaysia dan juga Indonesia terutama sekali dalam bidang pendidikan .





Bergambar dengan pelajar daripada 4 Jaya

Tidak sangka Sir Elangkovan menjadi tumpuan ibu-ibu...

Penjelasan yang diberikan oleh pelajar , Zul tentang F1 in schools



No comments: