Saturday, March 24, 2012

PERTANDINGAN KAWAD KAKI BADAN BERUNIFORM 2012 PERINGKAT SEKOLAH

Tarikh : 24 Mac 2012
Tempat : Dataran Bendera
Masa : 9.00 Pagi - 12.00 Tgh

Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform Tahun 2012 ini melibatkan 7 pasukan beruniform SMSS iaitu KRS (Putera), Ranjer & Pandu Puteri, PBSM, PKBM, Kadet Bomba, Pengakap dan KRS (Puteri). Pertandingan ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran tetamu jemputan iaitu Yang Berbahagia PKPgB Mohammad Sofi Bin Abdul Wahab, Ketua Balai Bomba Bandar Tun Razak. Pertandingan ini dapat memupuk sikap para pelajar agar sentiasa bekerjasama dalam pasukan dan lebih berdisiplin. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini terutamanya guru-guru penasihat Badan Beruniform SMSS dan para AJK Pertandingan Kawad Kaki 2012. Tahniah juga kepada semua pasukan yang telah menjayakan pertandingan kawad kaki ini.
Guru - guru SMSS


Antara hakim pertandingan En. Syamzulani dan Pn. Hjh Kalthom.


Dari kanan, En Jasmi, Yang Berbahagia PKPgB Mohammad Sofi B. Abdul Wahab (tetamu jemputan), Tn Hj Nor Paizin dan Pn Hjh Roslina.

Juruacara iaitu Pn Putri Noor Kharizah

Pasukan KRS (Putera)
Pasukan Ranjer dan Pandu Puteri

PBSM

PKBM

Antara gaya yang ditunjukkan oleh pasukan PKBM.

Tabik Hormat oleh Ketua Plantun

Pasukan Kadet Bomba

Pasukan Pengakap yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1

Pasukan KRS (Puteri)

Suasana di Dataran Bendera sementara menunggu keputusan pertandingan.

Ahmad Nasruddin B. Ameer Ali dari PKBM telah dinobatkan sebagai ketua plantun terbaik. Tahniah diucapkan.

Akhirnya, PKBM telah dinobatkan sebagai Juara Pertandingan Kawad Kaki Tahun 2012. Pasukan ini telah menerima Piala Pusingan dan hadiah. Tahniah diucapkan!

Pasukan Ranjer dan Pandu Puteri menduduki tempat kedua. Tahniah!

Tempat ketiga, Pasukan Kadet Bomba. Tahniah!
Posted by : Siti Hajarahani
Photographer : Muzaffar & Puteri Batrisya

No comments: