Wednesday, March 16, 2011

LAWATAN PENANDAARASAN DAN HOMESTAY DI SEMARANG ,INDONESIA












Tarikh: 13 Mac 2011
Hari: Isnin
Pada hari keempat , kami menyertai upacara sambutan delegasi guru dan pelajar daripada Boon Lay Secondary School . Majlis sambutan diadakan di dewan sekolah. Dalam majlis itu , pengetua SMSS Tn Hj Nor Paizin Ibrahim telah bertukar - tukar cenderamata dengan pengetua SMP Negeri 2 dan pengetua Boon Lay Secondary School.
Kemudian kami semua di bawa ke lapangan untuk menyaksikan persembahan pelajar daripada ketiga-tiga buah negara. Pelajar SMP Negeri 2 mempersembahkan nyanyian daripada kumpulan koir , orkestra dan kumpulan sorak sementara pelajar SMSS telah mempersembahkan nyanyian lagu rakyat dan tarian lagu Cindai.
Selepas makan tengahari dan salat kami dibawa ke pusat membuat batik Semarang. Kami juga telah diberi peluang untuk melukis batik sendiri .
Pada malamnya , pelajar dibawa pulang oleh keluarga angkat masing-masing sementara guru - guru SMSS dibawa oleh Pak Sutomo dan tiga orang gurunya , menjamu selera di sebuah restoran mewah di atas bukit , dengan pemandangan yang indah.
Terima kasih Pak Sutomo.

No comments: