Wednesday, May 18, 2011

Latihan Dalam Perkhidmatan


Tarikh: 18 Mei 2011
Hari: Rabu
Tempat: Bilik Gerakan SMSS
Masa: 2.30 pm - 4.35 pm

Semua guru SMSS menghadiri latihan dalam perkhidmatan yang dilaksanakan dalam 3 topik yang berbeza.

Topik 1 : TOASTMASTERS
Penceramah: Pn.Hajah Noraini bt Hamzah
Masa: 2.30 pm - 3.00 pm

Semua guru mendengar penuh minat apa yang disampaikan oleh Pn.Hjh Noraini


Pn.Hajah Noraini sedang menyampaikan ceramahnya


Pn Siti Rahmah telah dipilih oleh Pn Hajah Noraini untuk menyampaikan ucapannya dalam Bahasa Arab


Ustaz Syamzulani sedang memberikan kritikan yang membina kepada Pn.Siti Rahmah


Semua guru terpegun mendengar Ustaz Syamzulani begitu fasih berbahasa Arab


Pn.Siti Sabaya sedang melontarkan pendapatnya dalam Bahasa Inggeris


Pn.Razlin memberikan kritikan kepada Pn.Sabaya


Pn.Gan Geok Choo sedang menyampaikan ucapannya dalam Bahasa Perancis



Topik 2: KESEJAHTERAAN GURU
Penceramah: Pn.Norul Huda bt Shamsuddin
Masa: 3.00 pm - 4.05 pm



Pn.Norul Huda sedang menyampaikan ceramahnya berkenaan personaliti seseorang individu


Kelihatan Pn.Maryati membantu Pn.Norul Huda mengedarkan soalan yang akan dijawab oleh semua guru


Pn.Haizurah begitu khusyuk menjawab 100 soalan


Pn.Norul Huda mengakhiri ceramahnya dengan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang hadir



Topik 3: PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK
Penceramah: Ustazah Arbaatushima bt Arshad
Masa:4.05 pm - 4.35 pm


Ustazah Arbaatushima menjelaskan fungsi Autoware kepada semua guru


Semua guru melihat contoh projek yang dipamerkan


Ustazah Arabbatushima memaklumkan kepada semua guru bahawa beliau akan menjelaskan tentang Autoware secara kumpulan kecil mengikut bidang pengajaran mereka pada waktu yang akan ditetapkan nanti


Pn. Hajah Roslina Ahmad, Penolong Kanan Akademik mengucapkan tahniah kepada semua penceramah yang telah berjaya menyampaikan topik mereka dengan begitu cemerlang sekali.

TERIMA KASIH kepada Pn.Hajah Noraini bt Hamzah, Pn.Norul Huda bt Shamsuddin & Ustazah Arbaatushima bt Arshad.

No comments: