Monday, June 13, 2011

Perbincangan tiga penjuru: Pengetua, guru dan pelajar

Tarikh; 13 Jun 2011
Hari: Isnin
Masa: 8.30 pm -10.00 pm

Tempat: Bilik Gerakan SMSS

Kehadiran:
  1. Tuan Haji Nor Paizin bin Ibrahim-Pengetua SMSS
  2. Pn.Hajah Norzila bt Mohamad-Pengarah Operasi Program Kecemerlangan PMR
  3. Pn.Mazinaton bt Hasidin-Pengarah Operasi Program Kecemerlangan SPM
  4. Pn.Masyitah bt Kadir-Kaunselor
  5. Ketua batch tingkatan 3 & 5
  6. AJK tingkatan 3 & 5

Agenda perbincangan tiga penjuru:
  1. Pengetua memberikan tips 5 ciri pelajar cemerlang:
  • Mempunyai motivasi diri yang amat tinggi.
  • Sentiasa fokus dan mempunyai niat yang baik dalam setiap perbuatan.
  • Mempunyai pengurusan masa yang amat baik.
  • Bersedia untuk memnbantu orang lain.
  • Sentiasa bergantung harap dengan Allah SWT
2. Pengetua memberitahu aktiviti-aktiviti yang dijalankan untuk Program
Kecemerlangan PMR/SPM


3. Pengetua menyenaraikan program sokongan untuk memantapkan lagi program kecemerlangan PMR/SPM. Program sokongan tersebut adalah
seperti berikut:
  • Memantapkan kerohanian pelajar untuk mendapatkan ketenangan di jiwa seperti mendirikan solat hajat setiap hari selepas solat Isyak, tadarus al-Quran dan mengamalkan ayat / doa penenang jiwa.
  • Pengetua meminta pelajar segera memaklumkan kepada pihak sekolah jika memerlukan ceramah motivasi
  • Perjumpaan batch mesti dilakukan tepat pada masanya dan pelajar akan memberikan motivasi yang boleh membakar semangat untuk belajar bersungguh-sungguh.
  • Pengetua meminta setiap kelas tingkatan 3 & 5 membuat count down peperiksaan PMR /SPM dan ikrar pelajar.
  • Pengetua memaklumkan sekiranya pada waktu petang tiada kelas tambahan, pelajar amat digalakkan mengadakan kumpulan perbincangan untuk satu subjek. Selain itu pengetua menyeru pelajar supaya membuat temujanji terlebih dahulu dengan seseorang guru sekiranya perkhidmatan guru diperlukan untuk membantu kefahaman mereka.
  • Pengetua memaklumkan pelajar boleh menggunakan Dewan Besar, bilik masakan yang telah diubah suai, Aseanet dan perpustakaan sebagai tempat kelas tambahan.
  • Pengetua meminta pelajar dan guru supaya download soalan-soalan peperiksaan dari laman web Sek.Men.Sains Muzaffar Shah.
4. Pendapat pelajar dan respons Pengetua
  • Mohd Shahir, ketua batch tingkatan 3 meminta pihak sekolah membenarkan mereka pergi ke Perpustakaan Negara untuk membuat ulangkaji.
  • Tindak balas Pengetua: Pelajar boleh pergi ke Perpustakaan Negara semasa mereka pulang bermalam.

  • Harith Kamal, ketua batch tingkatan 5 meminta pihak sekolah supaya membuat taklimat berkenaan hala tuju pelajar selepas SPM.
  • Tindak balas Pengetua: Pihak kaunseling akan melaksanakannya.
  • Amirah Dayana pelajar tingkatan 3 mencadangkan supaya pihak sekolah membenarkan pelajar-pelajar SMSS melakukan homestay di sekolah harian biasa yang cemerlang seperti Sek.Aminuddin Baki dan Sek. Men.Agama Wilayah Persekutuan untuk melihat program-program yang dijalankan di sekolah berkenaan.
  • Tindak balas Pengetua: Amat berminat dengan cadangan tersebut





Perbincangan ditamatkan pada jam 10.00 malam.Semoga apa yang dirancangkan mendapat kerjasama dari semua pelajar dan mendapat keberkatan Allah SWT.Amin...

1 comment:

Anas Asalem said...

saya mencadangkan, pihak sekolah mengadakan ceramah dan praktikal temuramah selepas spm untuk tajaan/biasiswa.smss tidak pernah menganjurkan aktiviti seperti in.harap cadangan dipertimbangkan