Tuesday, June 7, 2011

Perkampungan Ilmu 2 SPM di UPM

Tarikh: 7 Jun 2011
Hari: Selasa


Hari ini merupakan hari pertama program perkampungan ilmu 2 bagi semua pelajar tingkatan 5 di UPM, Serdang. Seramai 134 orang pelajar telah mendaftarkan diri di Kolej Kediaman Kedua untuk menyertai program selama 5 hari. Semua pelajar puteri telah ditempatkan di Blok Enggang sedangkan pelajar putera di Blok Helang dan Raja Udang. Program perkampungan ilmu ini lebih unik dan menarik kerana ia turut disertai oleh 6 orang pelajar Pintar MAS dari 3 buah sekolah yang berbeza. Pihak Sek. Men.Sains Selangor amat megharapkan semua pelajar yang terlibat dapat memanfaatkan sepenuhnya program ini untuk melonjakkan prestasi mereka dalam peperiksaan SPM nanti. Selamat berkampung di UPM...


Sesi pendaftaran pelajar di Kolej Kediaman Kedua

Puan Hajah Roslina sedang berbual dengan ibu bapa yang menghantar anak mereka


Sesi bersama UPM

En.Kamarol dari Bahagian Komunikasi Korporat


Encik Hasbullah sedang memberikan penerangan kepada semua pelajar tentang sistem pembelajaran di UPM

Pelajar Pintar MAS memperkenalkan diri...


Bengkel 1 : Matapelajaran Biologi di dewan kuliah D-2

No comments: