Tuesday, September 13, 2011

Homestay Pasukan Gamelan SM Sains Selangor Di SMP Semarang



Dua buah akhbar Semarang iaitu Semarang Metro dan Akhbar Jateng menyiarkan berita tentang lawatan pelajar-pelajar SMSS ke SMP Semarang, Indonesia.

Seramai 12 orang pelajar yang terdiri dari 10 orang pelajar perempuan dan 2 orang pelajar lelaki tingkatan 2 serta 2 orang guru pengiring iaitu Pn Nurehan bt Zainal Abidin dan Pn Rhoaina bt Julkarim telah bertolak ke SMP Semarang pada 11 September 2011. Tujuan pemergian mereka ke SMP Semarang adalah untuk mempelajari teknik muzik gamelan di sana. Mereka akan berada di sana selama seminggu. Semoga homestay SMSS di SMP Semarang dapat membawa pulang pelbagai ilmu untuk kebaikan semua warga SMSS.

3 comments:

Anonymous said...

Student skarang sgt beruntung, sy dulu tdk berpeluang untuk menyertai aktiviti sebegini walaupun menyertai pasukan gamelan...

Sekolah Menengah Sains Selangor said...

Farhan, zaman saya sekolah dulu lagi teruk. 5 tahun duduk kat sekolah jer.Tapi saya rasa sangat syang kat semua cikgu dan sekolah

Anonymous said...

Huhu.. sbb tu sy ckp, student skarg sgt beruntung, hopefully mereka ambil kesempatan yg ada utk menimba lebih banyak pengalaman..