Tuesday, September 20, 2011

Majlis Penutupan Bulan Merdeka & Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah Menengah Sains Selangor

Ucapan Pengetua: Tn.Hj Nor Paizin b. Ibrahim


Pertandingan karaoke lagu raya


Persembahan sketsa Merdeka


YDP PIBG Tn Hj Khairul Azhar (dua dari kanan)


Bersantai selepas menjamu selera


Segak berbaju raya


Wajah ceria Pengetua dan YDP PIBG setelah menjamu selera


Persembahan nasyid yang menginsafkan...

SMSS telah mengadakan majlis penutupan bulan merdeka dan sambutan Hari raya pada hari Khamis bertarikh 15 September 2011. Acara bermula pada jam 9.30 pagi dan berakhir pada 1.00 petang. Acara dimulakan dengan kehadiran semua pelajar, guru,tetamu dan semua warga SMSS di Gelanggang Serbaguna. Suasana sungguh meriah di mana pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti jamuan makan, nasyid, persembahan sketsa merdeka, pertandingan karaoke, cabutan bertuah, persembahan kombo Merdekaraya, penyampaian hadiah dan nyanyian beramai-ramai lagu-lagu Merdekaraya.

Posted by: Mazinaton bt Hasidin

No comments: