Tuesday, January 17, 2012

Lawatan SMP Negeri 21 Semarang dan SMP Negeri 2 Kudus , Provinsi Jawa Tengah dari Indonesia;)

Tarikh : 18 Januari 2012

Tempat : SM Sains Selangor

Pihak sekolah telah menerima rombongan sekolah dari Indonesia yang terdiri seramai 65 orang murid serta 11 guru daripada 2 sekolah berbeza iaitu SMP Negeri 21 Semarang dan SMP Negeri 2 Kudus , Jawa Tengah . Mereka tiba di SMSS tepat jam 9 pagi lalu diiringi pelajar serta guru SMSS ke dalam dewan wawasan . Mereka disambut dengan persembahan gamelan , tarian dan wind orkestra .Dari dewan wawasan , mereka bergerak ke bilik mesyuarat untuk menghadiri persembahan multimedia dan sesi soal jawab. Setelah itu, mereka telah meninjau kawasan sekolah serta bilik-bilik tertentu seperti bilik muzik , gamelan , gimnasium dan kebitaraan sains untuk menimba ilmu . Semoga lawatan ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara dua buah negara iaitu Malaysia dan Indonesia .



Ketibaan tetamu dari Indonesia .


Menyambut tetamu dengan bersalaman .


Pemain Gamelan.


Amira Syahira bersama pelajar dari SMP Negeri 21 Semarang .


Seorang pelajar SMP Negeri 21 Semarang sedang mencuba peralatan di gimnasium .


Penghargaan buat SMP Negeri 21 Semarang .


Gambar untuk kenang-kenangan












No comments: