Wednesday, September 1, 2010

SAMBUTAN AMBANG MERDEKA KE 53



TARIKH : 30 OGOS HINGGA 31 OGOS 2010

MASA : 10.00 p.m – 1.15 a.m

TEMPAT : DATARAN BENDERA, SM SAINS SELANGOR

OBJEKTIF:

v Memupuk semangat patriotisme dalam diri pelajar.

v Melahirkan perasaan cinta akan Negara.

v Memperingati jasat Tokoh-tokoh Negara.

Majlis ini dimulakan dengan ketibaan tetamu kehormat, Puan Hajah Norlia Binti Mohd. Shuhaili Timbalan Pengarah Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster, Pengerusi PIBG iaitu Prof. Madya Azizan Asmuni, Pengetua Sekolah Menengah Sains Selangor, Tuan Haji Norpaizin Bin Ibrahim, guru-guru serta para pelajar. Majlis diteruskan dengan bacaan doa oleh Mohd. Firdaus dan dimeriahkan lagi dengan persembahan sketsa oleh para pelajar tingkatan 5. Sketsa ini telah menyedarkan para pelajar betapa pentingnya Negara kita, Malaysia mencapai Kemerdekaan. Acara diteruskan dengan Pertandingan Tugu Merdeka mengikut pasukan rumah sukan masing-masing yang disertai pelajar tingkatan 4.

Kuiz Merdeka juga diadakan bagi menguji tahap pengetahuan para pelajar tentang sejarah Negara. Soalan-soalan tersebut adalah terbuka mengikut tingkatan. Majlis dihangatkan lagi apabila nama guru-guru disebut sebagai pemenang cabutan bertuah. Nama-nama guru yang terpilih telah dicabut oleh tuan pengetua sendiri. Kemudian, para pelajar dan juga guru dijemput untuk menjamu makanan yang ditaja oleh Maggi dan Nestle Milo. Apabila jam menunjukkan saat-saat menghampiri kemerdekaan, kami mengira sepuluh saat yang terakhir itu bersama-sama. Seterusnya, melaungkan laungan “merdeka” sebanyak 3 kali.

Selepas itu, kami menyanyikan 3 buah lagu patriotik dengan iringan muzik. Dimulakan dengan lagu Jalur Gemilang, KeranaMu Malaysia dan akhirnya Tanggal 31. Lagu Negaraku pula dinyanyikan tanpa iringan muzik. Acara penyampaian hadiah diadakan bagi Pertandingan Tugu Merdeka. Hanya 2 tempat sahaja yang disediakan. Tempat pertama dimenangi oleh Rumah Pahlawan dan tempat kedua dimenangi ole Rumah Panglima. Cenderamata dari pihak sekolah juga disampaikan kepada Puan Hajah Norlia binti Mohd. Shuhaili , Prof. Madya Azizan Asmuni dan juga Encik Jamaluddin bin Hassan sebagai tanda ucapan terima kasih yang tidak terhingga atas kehadiran tetamu kehormat ke Majlis Sambutan Ambang Merdeka ke 53.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Encik Wahab yang sudi menaja Maggi dan Milo bagi pihak sekolah. Tidak lupa juga kepada mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam majlis ini. Sambutan Merdeka ini berakhir pada pukul 1.15 pagi.