Monday, October 25, 2010

Hari Kebudayaan Bahasa Arab SBP Peringkat Kebangsaan Kali Ke-5

TARIKH : 22 OKTOBER 2010 - 24 OKTOBER 2010
TEMPAT : SM SAINS SELANGOR (Tuan Rumah)
OBJEKTIF: MERAPATKAN HUBUNGAN SILATURAHIM ANTARA PELAJAR ARAB DI SELURUH SBP DAN MENAMBAHKAN PENGETAHUAN TENTANG BAHASA ARAB


Tahun ini Sekolah Menengah Sains Selangor menjadi tuan rumah untuk Hari Kebudayaan Bahasa Arab SBP 2010. Bermula pada pukul 3 petang, sebanyak 53 buah sekolah telah mendaftar untuk Hari Kebudayaan Bahasa Arab di SM Sains Selangor. Ada yang datang dari Sabah, Terengganu dan Kelantan untuk menyertai Hari Kebudayaan Bahasa Arab ini yang berlangsung selama tiga hari.. Pelbagai ekspresi wajah yang boleh dilihat daripada wajah-wajah peserta, guru pengiring dan juga pemandu bas. Ada yang keletihan dan ada yang excited!

Pada malam pertama, hanya taklimat diberikan kepada peserta, guru, dan pemandu bas. Taklimat tersebut disampaikan oleh Ustaz Syamzulani. Pemandu bas pula berbincang mengenai pengakutan yang akan digunakan untuk ke Shah Alam pada esok harinya.


Esok harinya, peserta dibawa ke Yayasan Restu Shah Alam untuk meninjau dan melihat kesenian Islam dalam pelbagai aspek. Mereka berangkat ke sana pada pukul 8 pagi dan bertolak pulang pada pukul 11 pagi.












No comments: