Tuesday, October 5, 2010

Solat Hajat Tingkatan 3






TARIKH : 30 SEPTEMBER 2010
MASA : 6.00 P.M. – 10.30 P.M.
TEMPAT : SURAU BAITUL-IMAN DAN SURAU AR-RAHMAN

Majlis dimulakan dengan ketibaan para ibu bapa pelajar tingkatan 3. Mereka tiba pada jam 6.00 petang. Mereka mendaftarkan diri di kaunter pendaftaran pada jam 6.15 petang. Pada jam 7.15 petang, pelajar putera bersama bapa mereka bersolat maghrib secara berjemaah di surau Ar-Rahman manakala pelajar puteri bersama ibu mereka bersolat maghrib di surau Baitul-Iman.
Pada jam 7.45 petang, pelajar puteri bersama ibu mereka bergerak ke surau Ar-Rahman untuk Solat Sunat Hajat secara berjemaah bersama pelajar putera. Sebelum Solat Sunat Hajat dilakukan, majlis diteruskan dengan ucapan daripada ayahanda pengetua Sekolah Menengah Sains Selangor. Selepas itu Solat Sunat Hajat dilakukan secara berjemaah. Selepas bersolat hajat, bacaan Yaasin diadakan serta Solat ‘Isyak secara berjemaah.
Selepas selesai Solat ‘Isyak, jamuan ringan diadakan di dewan makan untuk para ibu bapa, guru-guru dan murid-murid sekalian. Makanan disediakan oleh pihak dewan makan. Majlis berakhir pada jam 10.30 malam.

No comments: