Friday, October 1, 2010

Lawatan Zama Sogo Senior High School Kanagawa Jepun





Tarikh : 27/9/2010
Masa : 8.45a.m. – 12.45 p.m.
Tempat :Sekolah Menengah Sains Selangor
Objektif :
• Mengeratkan hubungan sillaturahim antara pelajar
• Mengenali budaya negara Jepun.
• Memberi pengalaman kepada pelajar SMSS untuk berinteraksi dengan pelajar antarabangsa.

Acara dimulakan dengan kedatangan pelajar-pelajar Kanagawa Perfectural Zama Sogo Senior High School. Mereka diiringi dengan paluan kompang. Mereka juga disambut dengan persembahan silat daripada 4 orang pelajar puteri tingkatan lima.
Majlis diteruskan dengan persembahan tarian ‘Selamat Datang’ oleh pelajar SK Taman Midah 1. Seterusnya ucapan alu-aluan oleh pengetua SM Sains Selangor dan juga ucapan dari pengetua Zama Sogo High School.Setelah itu wakil pelajar dari SMSS iaitu Muhd Zharif serta wakil pelajar Zama Sogo High School telah memberi ucapan .
Pembentangan visual (Power Point) daripada kedua-dua buah sekolah. Persembahan kebudayaan dari pelajar Jepun iaitu persembahan seni mempertahankan diri dan demonstrasi memakai Kimono. Mereka juga didedahkan dengan tarian Gamelan dan lagu Rasa Sayang eh.
Pelajar-pelajar Jepun telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk bermain beberapa permainan tradisional Malaysia.Antara permainan tersebut adalah :
• Stesyen 1 : Sepak Raga (medan bendera)
• Stesyen 2 : Congkak (gazebo 1)
• Stesyen 3 : Batu Seremban ( gazebo 2 )
• Stesyen 4 : Tangyuan ( pondok rehat)
• Stesyen 5 : teng teng ( di hadapan bilik masakan )
• Stesyen 6 : Demonstrasi memakai Sampin ( di hadapan dewan )
• Stesyen 7 : menganyam daun mengkuang ( pentas di dewan wawasan )
• Stesyen 8 : alat-alat Gamelan ( dewan wawasan )
• Stesyen 9 : Koalam (dewan wawasan )
Pada jam 12.30 tengahari pelajar-pelajar Jepun dibawa ke dewan makan untuk menikmati jamuan ringan serta menghadiri majlis penutupan.Pengetua serta pelajar dari kedua-dua buah sekolah betukar-tukar cenderahati. Sebelum besurai,sesi penggambaran diadakan secara beramai-ramai. Mereka bertolak pulang pada jam 12.45 tengahari.

No comments: