Sunday, November 14, 2010

Majlis Temu Duga Bagi Kemasukan Pelajar Tingkatan 1 Sesi 2011

TARIKH : 13 NOVEMBER 2010

MASA : 7.40 A.M. – 12.30 P.M.
TEMPAT : DEWAN BESAR DAN BLOK AKADEMIK SM SAINS SELANGOR

Pada jam 6.45 pagi,pelajar tingkatan 3(EMINENT) telah bersiap sedia di Dewan Besar SM Sains Selangor untuk Majlis Temu Duga Pelajar Tingkatan 1 Sesi 2011. Semua pelajar tahun 6 yang terlibat telah pun tiba di SM Sains Selangor bersama ibubapa masing-masing untuk sesi temu duga bagi kemasukan tahun hadapan.

Pendaftaran dimulakan pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 8.30 pagi. Kemudian aktiviti diteruskan dengan taklimat yang ringkas oleh Cik Masyitah. Setiap pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Temu duga pertama dimulakan pada pukul 8.45 pagi. Setiap kumpulan akan menunggu giliran masing-masing di Bilik Menunggu yang terletak di Makmal Sains Tingkatan 1.



Temu duga pertama dimulakan dengan ujian kecerdasan minda di kelas 3 Budi dan 3 Usaha. Guru – guru yang mengawasi mereka ialah Puan Lai dan Puan Noorsyamsinar. Setelah selesai ujian tersebut, aktiviti diteruskan dengan temu duga secara individu di perpustakaan SM Sains Selangor. Guru – guru yang terlibat ialah Encik YM Raja Idris, Puan Azwa, dan Cik Rozinah.



Kemudian, temu duga diteruskan dengan temu duga secara berkumpulan iaitu tentang personaliti diri di kelas 1 Budi. Puan Siti Rohani, Puan Saripah dan Puan Azlin bertugas menemu duga pelajar – pelajar tersebut. Temu duga diteruskan dengan ujian kemahiran asas agama yang diadakan di Bilik LK/TK. Encik Syed, Encik Syam, Puan Mazinaton, Puan Mek Ana, dan Puan Siti Fairuz ditugaskan untuk menemu duga mereka. Akhir sekali, temu duga diakhiri dengan ujian kecergasan yang diadakan di Padang Serbaguna SM Sains Selangor. Antara aktiviti – aktiviti yang diuji ialah bangkit tubi, tekan tubi, lari ulang alik dan juga jangkauan melunjur. Guru – guru yang bertugas ialah Puan Roslinda, Puan Siti Sabaya dan Puan Kartiwani. Pada jam 12 tengah hari, berakhirlah Majlis Temu Duga Kemasukan Pelajar Tingkatan 1 bagi sesi 2011.


4 comments:

JEFRI said...

salam. nak tanya admin blog ni, yg temu duga ni cane leh tau? pihak skolah ada telefon ek calon pelajar yg layak? or kena wat semakan on9?
patu, kalu xdpt panggilan tmuduga ni, memang xde peluang la nak masuk smss sesi 2011 even for 2nd intake?

ok.thanx.

Huny Jaszle said...

salam...saya ada buat permohonan untuk ke tingkatan 1 di SMSS...sudah dipanggil interview ke? jadi sesiapa yang tak dipanggil tu,tak ada harapan ke? panggilan temuduga melalui surat atau telefon? harap mendapat maklum balas..terima kasih...

azieza said...

salam.... anak saya pon memohon ke sm sains selangor... result kuar 11nov, intrvw 13 nov... calon dipanggil atas dasar ape yer? sampai skrg nih xde pon sbrg mklmt atau arhn spy ibubapa/pelajar dikehendaki submit ape2 dokumen...???

Anonymous said...

salam.. saya doakan kepada calon-calon PMR 2011 agar mendapat 100% 8A. Saya bahawa warga batch Resilience 0913 mampu utk melakukannya. dr saya....