Sunday, November 14, 2010

Solat Hajat Tingkatan 5

TARIKH : 11 NOVEMBER 2010

MASA : 6.30 P.M. - 9.30 P.M.

TEMPAT : SURAU BAITUL-IMAN DAN SURAU AR-RAHMAN

Majlis dimulakan dengan ketibaan para ibu bapa pelajar tingkatan 5. Mereka tiba pada jam 6.30 petang. Mereka mendaftarkan diri di kaunter perdaftaran pada jam 6.40 petang. Pada jam 7.00 petang, pelajar putera bersama bapa mereka bersolat maghrib secara berjemaah di surau Ar-Rahman manakala pelajar puteri bersama ibu mereka bersolat maghrib di surau Baitul-Iman.

Pada jam 7.20 petang, pelajar puteri bersama ibu mereka bergerak ke surau Ar-Rahman untuk solat 'Isyak dan solat sunat hajat secara berjemaah bersama pelajar putera. Sebelum solat sunat hajat dilakukan, majlis diteruskan dengan ucapan dari ayahanda pengetua Sekolah Menengah Sains Selangor, Tuan Haji Norpaizin b. Ibrahim. Selepas itu, aktiviti diteruskan dengan bacaan Yassin secara beramai - ramai yang diketuai oleh Ustaz Zulkifli Ahmad. Setelah berakhir bacaan Yassin, Ustaz Zulkifli Ahmad memberi tazkirah yang ringkas. Kemudian, solat 'Isyak secara berjemaah dilakukan dan diteruskan dengan solat sunat hajat yang dilakukan secara berjemaah.

Selepas selesai solat sunat hajat, jamuan ringan diadakan di dewan makan untuk para ibu bapa, guru - guru dan murid - murid sekalian. Makanan disediakan oleh pihak dewan makan dan sedikit sumbangan daripada pelajar - pelajar tingkatan 5. Majlis berakhir pada jam 9.30 malam.


No comments: