Sunday, May 15, 2011

Sambutan Hari Guru

Tarikh: 16 Mei 2011
Hari: Isnin
Tempat: Bilik Guru SMSS


Hari ini merupakan HARI GURU kali ke 40 kepada semua warga guru di seluruh Malaysia, tidak terkecuali semua guru di SMSS. Bermula jam 9.00 pagi sehingga 10.00 pagi semua guru SMSS meraikan hari mereka di Bilik Guru dengan membawa makanan masing-masing. Acara di mulakan dengan bacaan doa dari Ustaz Syamzulani dan upacara memotong kek oleh Tuan Haji Nor Paizin, Pengetua SMSS. Seterusnya, suasana lebih menarik dan mendebarkan dengan acara bertukar-tukar hadiah sesama guru. Kelihatan semua guru dapat menggembirakan hati mereka sendiri dengan menikmati juadah yang amat enak sekali yang telah dibawa sendiri oleh mereka.

Ingatlah guru adalah pemegang saham akhirat yang banyak


SELAMAT HARI GURU dan TERUS BERBAKTI KEPADA ANAK BANGSA TANPA JEMU...


Kek yang comel dan menarik




Pengetua memulakan majlis dengan memotong kek yang dihadiahkan oleh Yayasan Pelajaran Cheras


Para guru menjamu selera


Para guru memohon doa memohon keberkatan Ilahi



Guru-guru bergambar bersama Penolong Kanan Akademik kesayangan mereka



Acara bertukar-tukar hadiah yang menghangatkan suasana




Pn.Rhoaina sedang memotong buah tembikai


Kelihatan Pn Hjh.Roselina, Pn Hjh Kalthom dan Cik Suraya menyusun juadah


Guru-guru di SMSS berganding bahu untuk menjayakan Sambutan Hari Guru


Jelas terpancar kebahagiaan di wajah Puan Norzila dan Cik Arbaatushima

2 comments:

lan said...

Selamat hari cikgu!!

lan said...

Oh lupa, Spm 99'