Tuesday, September 20, 2011

Peperiksaan DELF Bahasa Perancis

Salah seorang calon peperiksaan DELF dari SMSS sedang menunggu giliran


En.Boon Chye dan Pn Norfauziah Hanim sebagai juri


Cik Norazian Hassan dan Pn Agnes Dovert sedang membuka kertas soalan


Calon-calon peperiksaan dari Sek.Aminuddin Baki


Peperiksaan DELF Bahasa Perancis telah diadakan di SMSS pada 15 September bersamaan hari Khamis bermula jam 8.00 pagi hingga 4.15 petang di perpustakaan sekolah. Peperiksaan ini mempunyai dua pusat. Pusat pertama adalah untuk 18 orang pelajar dari Sek.Aminuddin Baki dan pusat yang kedua adalah untuk 36 orang pelajar SMSS. Sepanjang peperiksaan berjalan, ia telah dipantau oleh Puan Hajah Rasmuna bt Mohd Ali (Bahagian Pembangunan Kurikulum) dan Cik Nor'aini bt Talha. Seramai empat orang juri telah hadir untuk melaksanakan peperiksaan ini iaitu Pn.Norfauziah Hanim bt Abu Bakar, Boon Chye (Taylor's University College), Cik Norazian bt Hassan dan Pn.Agnes Dovert (Pengarah Alliance Francaise).

Posted by: Mazinaton bt Hasidin

2 comments:

Habshah said...

salam

kenapa lama tiada berita?

Sekolah Menengah Sains Selangor said...

Minta maaf Pn Habshah. Blogger sangat sibuk dengan hal-hal akademik. Insya Allah berita baru akan dipaparkan.