Thursday, November 10, 2011

Majlis Anugerah Sukan & Kokurikulum 2011

SMSS telah menyempurnakan Majlis Anugerah Sukan dan Kokurikulum 2011 di Dewan Wawasan SMSS bermula jam 9.30am hingga 12.15pm. Majlis ini telah dirasmikan oleh Y.M. Dato' Raja Ruslan bin Raja Samah, Pengarah Pusat Belia Antarabangsa Kuala Lumpur. Objektif anugerah ini diadakan adalah untuk menghargai dan meraikan semua pelajar yang telah bersama-sama merealisasikan impian dan matlamat sekolah dalam semua aktiviti kokurikulum sepanjang tahun 2011. Majlis ini juga dapat menghargai dan meraikan semua guru dan jurulatih yang telah menyumbang tenaga, masa dan kepakaran dalam menjayakan semua aktiviti kokurikulum sekolah sepanjang tahun 2011. Pengetua SMSS bagi pihak Jawatankuasa Majlis Anugerah Sukan & Kokurikulum 2011 merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan majlis ini.

Semua tetamu berdiri menyanyikan lagu Negaraku


Tarian selamat datang (tarian gamelan)


Ucapan perasmian majlis oleh Y.M. Dato' Raja Ruslan bin Raja Samah, Pengarah Pusat Belia Antarabangsa Kuala Lumpur


Pengetua SMSS menyampaikan sijil


Saif Fauzan dinobatkan sebagai pelajar terbaik anugerah kokurikulum 2011


Posted by: Mazinaton Hasidin
Photographer: Izzat Hisham

No comments: