Monday, November 7, 2011

Motivasi Pecutan Akhir SPM



Sek.Men.Sains Selangor telah mengadakan program Motivasi Pecutan Akhir pada 3 Nov 2011 bertempat di Dewan Besar SMSS. Program motivasi ini diadakan pada jam 8.30 malam hingga 10.30 malam untuk semua calon SPM 2011. Amin Idris selaku penceramah berjaya menaikkan semangat semua pelajar untuk memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM nanti. Selain itu, Amin Idris juga telah banyak memberikan tips bagaimana menghadapi saat-saat akhir menjelang SPM. Pihak SMSS sentiasa mendoakan semoga GENESIS berjaya dengan cemerlang. Amin...

Semua pelajar khusyuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh Amin Idris


Pn Roslina (PK Akademik) gembira mendengar ceramah Amin Idris yamg mencuit hati


Amin Idris bersemangat memberi motivasi kepada pelajar


Semangat setiakawan terpancar di wajah Genesis


Aktiviti yang tidak membosankan.

No comments: