Wednesday, November 9, 2011

Majlis Qurban Perdana Peringkat Sek.Men.Sains Selangor

Sek.Men.Sains Selangor telah mengadakan Majlis Qurban Perdana peringkat sekolah bersebelahan Dewan Makan . Sebanyak 3 ekor lembu telah dikorbankan dalam majlis ini. Acara bermula jam 7.30 pagi hingga 1.00 petang. Majlis Qurban Perdana ini mampu mengeratkan hubungan silaturrahim seluruh warga SMSS melalui aktiviti gotong-royong. Semoga ibadah qurban ini mampu melahirkan insan yang sanggup berkorban masa, tenaga dan wang ringgit demi menegakkan syiar Islam di muka bumi ini. Pihak SMSS mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung. Jazakumullah khairan kathira...


Perjuangan seekor lembu sebelum disembelih


Ustazah Hilmoon selaku Pengarah Operasi sedang berbincang dengan Pn Fariyan dan PK Akademik


Sepakat membawa berkat


Kelihatan Pn.Hajah Muhaimu turut serta menyumbang tenaga dan wang ringgit untuk majlis Qurban ini


Pengasingan organ dalaman


Pengetua sedang melapah daging dengan penuh yakin


Pelajar-pelajar mengimbau kembali peristiwa Nabi Ibrahim menyembelih kibasy


Kerjasama antara para guru dan pelajar


1 comment:

Unknown said...

seronok ustazah,.sorry x dpt hadir.ade juge cikgu yg ajak..
teruskan usaha cikgu2..=D