Tuesday, November 8, 2011

Program Promosi Peluang Pendidikan di UPM

Sek.Men.Sains Selangor telah berjaya dipilih sebagai sekolah angkat UPM baru-baru ini. Oleh itu, program promosi peluang pendidikan di UPM telah diadakan dari jam 9.45 pagi hingga 4.30 petang di SMSS. Antara aktiviti yang dijalankan adalah tayangan video korporat UPM, ceramah program pengajian UPM oleh Pusat Asasi Sains Pertanian, pameran program pengajian oleh MarComm, klinik dan pameran robotik oleh Fakulti Kejuruteraan dan sesi khas bersama pelajar oleh Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul. Pihak SMSS mengucapkan jutaan terima kasih kepada UPM kerana berjaya melaksanakan program ini. Semoga hubungan baik antara UPM dan SMSS berjaya melahirkan ilmuwan yang mampu membangunkan agama, bangsa dan negara.






No comments: